Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Latar Belakang

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar (BPPD) telah ditubuhkan selaras dengan perpisahan semula Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 10 Mac 2020 yang lalu.

Dari itu BPPD telah diperkaya dari segi tugas dan tanggungjawabnya dan telah merangkumi seksyen - seksyen berikut :

  1. Seksyen Perancangan Strategik
  2. Seksyen Penyelidikan dan PPRN
  3. Seksyen Data
  4. Seksyen Sukan
  5. Seksyen Pengurusan Penyampaian
  6. Seksyen Modal Insan
  7. Seksyen Parlimen dan Inovasi
  8. Seksyen Operasi Strategik
  9. Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan & Jemaah Menteri

Visi & Misi

Visi

Menjadi Pusat Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pengajian Tinggi bertaraf dunia.

Misi

Menerajui agenda perancangan dan penyelidikan dasar pengajian tinggi ke arah memenuhi aspirasi pembangunan modal insan negara.

Objektif

  1. Menggubal, merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan, penyelidikan, dan penggubalan dasar Pendidikan Tinggi.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras kerjasama dengan Agensi Pusat  Kerajaan bagi tujuan pembangunan modal insan Pendidikan Tinggi.
  3. Menggubal, merancang, mengurus dan menyelaras Pelan Strategik Pendidikan Tinggi seperti kertas strategi RMKe12, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan, Pelan Tindakan Keusahawan IPT, New Deals, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia 5 Tahun, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Strategi Literasi Kebangsaan dan University Transformation Program.
  4. Menjadi pusat pengkalan data dan maklumat pendidikan tinggi bagi tujuan perancangan, penggubalan dan dasar pendidikan bagi memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025
  5. Menyelaras urusan Parlimen, Kertas Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Bahagian, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha KPT, Outcome Based Budgeting (OBB), Key Performance Indicator (KPI) serta merancang pembangunan dan strategi pelaksanaan inisiatif inovasi secara sistematik dan kreatif
  6. Menyelenggara dan menyelaras input kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR), Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM), Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK), Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP),  Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulam Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha,  Pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,  Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri,
  7. Merancang, melaksana, memudahcara dan memantau dana penyelidikan Education Policy Studies (EPS) dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) bagi membantu meningkatkan produktiviti melalui inovasi dan teknologi
  8. Menyedia dan melaksana Dasar Pembangunan Sukan IPT (DSIPT) selari dengan Dasar Sukan Negara (DSN)
  9. Menyelaras, membantu dan memantau program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti secara bersepadu melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institusi Sukan Negara (ISN)
  10. Melahirkan atlet intelek (the thinking athletes) melalui inisiatif yang berkesan dengan mensasarkan 30% atlet negara adalah dari IPT

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan maklum balas berhubung aduan awam dalam tempoh 10 hari bekerja.
  2. Mengemukakan laporan pemantauan Prestasi Kerangka Keberhasilan Kementerian, KPI PPTPA Tier 1, Tier 2 dan ke atas, Pencapaian Tawaran Baharu (New Deals) dan program setiap lonjakan PPPM(PT) secara berkala pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.
  3. Memastikan tarikh sign-off bagi penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Kementerian dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia.
  4. Menyelaras penyediaan Kertas Jemaah Menteri (Memorandum dan Nota Jemaah Menteri) dan maklumbalas terhadap keputusan Jemaah Menteri dengan cekap dan berkesan berdasarkan Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bil. 1/2008.
  5. Menyelaras penyediaan ulasan terhadap MJM daripada Kementerian lain dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima.
  6. Mengemukakan MJM/ NJM/ cabutan minit Mesyuarat Jemaah Menteri kepada Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah KPT dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  7. Melaksanakan program dan aktiviti sukan IPT yang terbaik selaras dengan DPSIPT dan Dasar Sukan Negara bagi memenuhi aspirasi negara dalam pembangunan sukan Negara.
  8. Menyelaras permohonan dan pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada pelajar - pelajar yang layak dengan peningkatan 10 % pada setiap tahun.
  9. Memastikan atlit yang cemerlang menerima Biasiswa Sukan KPT dan Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif, dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) sekurang - kurangnya sekali setahun.
  10. Mengemukakan Jawapan pertanyaan Jawab Lisan Parlimen kepada YB  Menteri/ YB Timbalan Menteri selewat - lewatnya tempoh 3 hari bekerja dari tarikh persidangan.
  11. Memastikan minit mesyuarat utama KPT seperti MPK, MPT dan MKB diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
  12. Memastikan 100% maklum balas mesyuarat utama KPT seperti MPK, MPT dan MKB daripada bahagian/ jabatan/ agensi sebelum tarikh mesyuarat.
  13. Memastikan maklum balas serta input diselaras dan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan kepada urus setia bagi mesyuarat agensi pusat seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
  14. Mengeluarkan surat makluman penyaluran peruntukan dana Jaringan Penyelidikan Awam - Swasta (PPRN) kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ Public Research Institute (PRI) dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima salinan perjanjian projek.
  15. Mengeluarkan arahan penyaluran peruntukan dana Education Policy Studies (EPS) kepada institusi perunding/ IPT dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh KPT menerima Surat Setuju Terima kajian dasar EPS daripada institusi perunding/ IPT.
  16. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/ MJM KPT dan kementerian lain dalam tempoh 5 hari bekerja.
  17. Memberi input/ ulasan KPT berkaitan laporan/ kerjasama antarabangsa dalam tempoh 5 hari bekerja.
  18. Memberi ulasan berkaitan akta - akta baharu atau penambahbaikan akta sedia ada dalam tempoh 5 hari bekerja.
  19. Menyediakan input jawapan dan maklum balas pertanyaan/ isu-isu Parlimen KPT dan Kementerian/ Agensi lain dalam tempoh 3 hari bekerja.
  20. Memproses permohonan data terbuka yang tidak kompleks dari Bahagian/ agensi/ orang awam dalam tempoh satu (1) hari.
  21. Melaksanakan trouble shoot bagi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima aduan dari responden Kajian Pengesanan Graduan.
  22. Mengurus, menyelaras dan memproses surat sokongan cadangan kajian (research proposal) yang dimohon oleh pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi tujuan menjalankan kajian di Kementerian Pengajian Tinggi dan IPT dalam tempoh 15 hari bekerja.
  23. Menyediakan ulasan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri terhadap cadangan kajian (research proposal) pelajar pasca siswazah (tempatan/ asing) yang menuntut di luar negara untuk menjalankan kajian di Malaysia dalam tempoh 15 hari bekerja.
  24. Menyelaras dan memproses permohonan pengecualian cukai daripada Yayasan/ Pertubuhan yang melibatkan sumbangan pendidikan tinggi berdasarkan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dalam tempoh 30 hari bekerja.
  25. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program - program berunsurkan peningkatan inovasi dan kreativiti secara terancang dan sistematik.
  26. Menyelaras pelaporan status pelaksanaan inisiatif Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap setengah tahun.
  27. Memastikan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan, 2019 - 2023 (National Strategy for Financial Literacy, 2019-2023) disebar luas kepada kumpulan sasaran KPT menerusi pelaksanaan sekurang-kurangnya satu (1) program literasi kewangan di peringkat KPT setiap tahun.

Struktur Organisasi

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar 1

Fungsi

Seksyen Perancangan Strategik

  1. Unit Perancangan Pendidikan Tinggi
    • Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/ akta baharu pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/ Nota Jemaah Menteri (NJM)
    • Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti penambahbaikan dasar/ akta sedia ada pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/ Nota Jemaah Menteri (NJM)
    • Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/ MJM/ NJM oleh Bahagian/ Jabatan/ Agensi di peringkat KPT berdasarkan akta dan peraturan serta dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa.
    • Menyediakan input di peringkat KPT bagi pelaporan dan kerjasama badan antarabangsa berdasarkan dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa.
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa berkaitan dasar pendidikan tinggi negara.
  2. Unit Penyelarasandan Pemantauan
    • Menyediakan input bagi penyediaan ulasan ke atas kertas dasar/ MJM/ NJM daripada Kementerian/ Agensi Luar yang berkaitan dengan bidang pengajian tinggi supaya selaras dengan akta dan peraturan serta dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa.
    • Mengurus setia, memantau serta melaporkan pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa-Jawatankuasa berhubung penggubalan dasar/ akta baharu atau penambahbaikan dasar/ akta sedia ada yang ditubuhkan di peringkat Kementerian.
    • Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi kepada Bahagian/ Jabatan/ Agensi.
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa berkaitan dasar pendidikan tinggi negara

Seksyen Penyelidikan & PPRN

  1. Unit PPRN
    • Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana seperti berikut:
    • Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal Public-Private Research Network (PPRN)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN
    • Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan pemadanan projek PPRN yang melibatkan penyaringan permohonan daripada Syarikat dan mengurus setia Bengkel Pemadanan Projek
    • Merancang dan melaksanakan pemantauan projek PPRN melalui Bengkel Pemantauan, mengadakan lawatan tapak projek di premis syarikat/ penyelidik bagi kategori projek peringkat pertengahan , projek sakit dan projek siap.
    • Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    • Membantu dalam menyediakan input berkaitan PPRN kepada Kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, MESTECC dan lain-lain.
  2. Unit Penyelidikan
    • Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana seperti berikut:
    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dana Penyelidikan
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan
    • Mesyuarat JK Penilaian Perunding (JPP)
    • Merancang dan melaksanakan pemantauan bagi kajian-kajian di bawah Education Policy Studies (EPS) yang merangkumi Inception report, Interim report, Deraf Laporan Akhir dan Laporan Akhir.
    • Menilai keupayaan hasil-hasil kajian dasar pendidikan tinggi untuk tujuan penterjemahan kepada dasar / penambahbaikan dasar sedia ada / garis panduan / pelan tindakan.
    • Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

SEKSYEN DATA

  1. Unit Analisis & Pelaporan Data
    • Menyelaras pengumpulan data untuk penerbitan Statistik Pendidikan Tinggi tahunan.
    • Menyelaras penerbitan Buku Laporan Kajian Pengesanan Graduan tahunan.
    • Menyelaras penerbitan Quick Fact dan Infografik Kajian Pengesanan Graduan tahunan.
    • Menyelaras pelaporan data Pendidikan Tinggi melalui Dashboard Analitik Pendidikan Tinggi.
    • Menyelaras perkongsian data bagi penerbitan agensi Kerajaan.
    • Menyediakan input penyediaan jawapan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
    • Menyedia dan menyemak permohonan data kepada badan pertubuhan antarabangsa
      1. Data UNESCO
      2. Data WCY
    • Menyediakan pelaporan Data Pelajar Antarabangsa Tahunan.
    • Menyelaras bengkel semakan soal selidik SKPG 1, SKPG 2.0 dan SKPG TVET.
    • Melaksanakan semakan, kemaskini dan penerbitan National Education Code (NEC)
    • Menyediakan dan menyemak permohonan data daripada Pengurusan Tertinggi KPT, Bahagian, Jabatan, Kementerian/Agensi lain, IPT, Industri, Penyelidik dan Pelajar.
    • Penyediaan analisis idea graduan di dalam Portal Graduates Reference hub for Employment and Training (GREaT).
    • Melaksanakan analisis data yang dijana dari Sistem MyMoheS dan SKPG.
  2. Unit Penyelidikan
    • Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana seperti berikut:
      • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dana
    • Penyelidikan
      • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana
    • Penyelidikan
      • Mesyuarat JK Penilaian Perunding (JPP)
    • Merancang dan melaksanakan pemantauan bagi kajian-kajian di bawah Education Policy Studies (EPS) yang merangkumi Inception report, Interim report, Deraf Laporan Akhir dan Laporan Akhir.
    • Menilai keupayaan hasil-hasil kajian dasar pendidikan tinggi untuk tujuan penterjemahan kepada dasar / penambahbaikan dasar sedia ada / garis panduan / pelan tindakan.
    • Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Seksyen Sukan

  1. Unit Prestasi Tinggi
    • Menguruskan dan menyelaras penyertaan atlet pelajar di:
      • Liga Kebangsaan
      • Kejohanan Kebangsaan
      • Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA)
    • Merancang dan menguruskan penyertaan kontinjen negara dalam kejohanan antarabangsa seperti:
      • World University Games (UNIVERSIADE)
      • World University Championship (WUC)
      • Asian University Sports Federation (AUSF)
      • ASEAN University Games (AUG)
    • Merancang dan mengurus kemudahan prasarana sukan di IPT.
    • Merancang dan mengurus kejurulatihan dan kepegawaian di bawah program prestasi tinggi di IPT.
    • Merancang dan menyelaras kemasukan atlet pelajar yang berpotensi serta berprestasi tinggi ke IPT bersama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).
    • Menyelaras pembangunan akademik atlet pelajar serta Program Pengajian Sukan di IPT.
    • Merancang, menyelaras serta mengurus Biasiswa Sukan KPT.
    • Menyelaras keperluan dan sokongan bagi aspek Sains Sukan bersama IPT.
  2. Unit Strategik & Pengurusan
    • Merancang dan menggubal Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN).
    • Menyelaras dan memantau pelaksanaan DPSIPT di Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.
    • Menyelaras dan mengurus kertas-kertas kerja untuk dimajukan kepada menteri dan jemaah menteri.
    • Menyelaras pengurusan dan program bersama Majlis-majlis Sukan IPT seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan sekretariat tetap ASEAN University Sports Council (AUSC).
    • Urusetia Kementerian bagi keanggotaan di dalam Jawatankuasa Bersama Pembangunan Sukan KBS-KPT-KPM dan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS).
    • Merancang dan menyelaras pengurusan geran penyelidikan sukan serta penganjuran Movement, Health and Exercise (MoHE) Conference.
    • Menyelaras serta menjalinkan kerjasama dengan badan-badan sukan dalam negara seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan luar negara seperti ASEAN University Sports Council (AUSC), Asian University Sports Federation (AUSF), dan International University Sports Federation (FISU).
    • Menyelaras pengurusan dan pentadbiran sumber manusia, cuti dan latihan di Bahagian Sukan.
    • Mengurus dan menyelaras hal-hal pentadbiran seperti pengurusan kewangan dan perolehan, inventori dan aset, stor, fail dan lain-lain.
    • Merancang dan menyelaras pengagihan, penyaluran dan pemantauan peruntukan pembangunan sukan IPT.
    • Merancang dan menyelaras penganjuran sukan IPT seperti:
      1. Kejohanan Utama Kementerian
      2. Kejohanan Peringkat Kebangsaan
      3. ASEAN University Games (AUG)
      4. Asian University Championships
      5. World University Championships (WUC)
      6. World University Games (WUG)
    • Menyelaras dan memantau program-program sporting campus di Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.
    • Merancang, menyelaras dan menjalinkan kerjasama dengan media bagi mempromosikan penganjuran kejohanan di pelbagai platform termasuk media massa, media sosial dan portal rasmi KPT.

Seksyen Pengurusan Penyampaian

  1. Unit Pemantauan PPPM(PT)
    • Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian prestasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT).
    • Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian Tawaran Baharu (New Deals) Kementerian.
    • Memudahcara, memantau dan melapor pelaksanaan University Transformation Programme (UniTP).
    • Membantu dalam menyediakan dan menyelaras pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  2. Unit Pengurusan Prestasi Organisasi
    • Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian bagi prestasi Minister Performance Indicator (MPI) YB Menteri.
    • Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 (KSU).
    • Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian serta pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting – OBB).
    • Menyemak dan mengemukakan maklum balas berhubung pencapaian KPI Universiti Awam (UA) dalam penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) UA.

SEKSYEN MODAL INSAN

  1. Unit Pembangunan Insan
    • Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Induk Peringkat KPT bagi semua bidang keutamaan, strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia (RMK).
    • Merancang, menyelaras dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selaras dengan Lonjakan 3, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPMPT], 2015-2025.
    • Merancang, menyelaras dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Nasional Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) selaras dengan Lonjakan 3, PPMPT, 2015-2025.
    • Memantau pelaksanaan Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL) di bawah Lonjakan 9, PPMPT, 2015-2025.
    • Merancang, menyelaras dan menyediakan maklum balas/input berkaitan sektor pendidikan tinggi bagi pelaksanaan STI (Science, Technology and Innovation) di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).
    • Menyediakan dan menyelaras input dan maklum balas berkaitan sektor pendidikan tinggi bagi Financial Education Network (FEN), 2019-2023.
    • Bertindak sebagai koodinator Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra.
    • Menganalisis laporan dikeluarkan badan/organisasi antarabangsa berkaitan pendidikan tinggi:
      • Ranking21
      • UNESCO
      • ASEAN
      • APEC
      • UNHCR
      • UNICEF
      • OECD
      • Global Competitivenes Report
  2. Unit Kordinasi Dasar
    • Menyelaras hal-hal berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap akta sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian/ Agensi lain yang mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi.
    • Menyediakan pelaporan hasil daripada analisis yang dibuat terhadap dasar-dasar yang berkaitan.
    • Menghadiri mesyuarat di pelbagai Kementerian/ Agensi yang mempunyai berkaitan sektor pendidikan tinggi.
    • Mengurusetiakan mesyuarat bilateral dan inter-agensi yang berkaitan sektor pendidikan tinggi.
    • Menyelaras permohonan pengecualian cukai daripada Yayasan/pertubuhan yang melibatkan sumbangan pendidikan tinggi.
    • Mengurus, menyelaras dan memproses surat sokongan cadangan-cadangan kajian (research proposal) yang dimohon oleh pelajar IPT bagi tujuan menjalankan kajian di IPT.
    • Menyelaras Pembangunan Pelan Pendidikan OKU.

Seksyen Parlimen & Inovasi

  1. Unit Inovasi
    • Strategi pelaksanaan inisiatif inovasi secara sistematik berdasarkan prinsip projek berimpak tinggi, kos rendah dan mampan;
    • Memantau pelaksanaan dan perkembangan projek pusat transformasi universiti;
    • Merangka dan menerajui inisiatif transformasi berteraskan inovasi dan kreativiti menerusi penggalakan idea;
    • Merangka dan melaksanakan aktiviti kualiti untuk memastikan pengurusan kualiti dicapai mengikut piawaian dan garis panduan yang ditetapkan;
    • Merangka dan merancang iniisatif inovasi di peringkat Kementerian;
    • Merancang, mengurus dan menyelaras program Bulan Bahasa Kebangsaan;
    • Merancang pelaksanaan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu;
    • Merancang pelaksanaan Anugerah Baharu Bahasa Melayu (Anugerah Akademik Bahasa Melayu Sektor Pelajaran, Teknikal dan Harapan);
    • Menyelaras dan memantau Pelan Tindakan Bahasa Melayu Di Universiti Awam (2016-2020);
    • Merancang dan menguruskan Pelan Tindakan Bahasa Melayu baharu.
  2. Unit Parlimen
    • Menyelaras penyediaan jawapan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berkaitan pendidikan tinggi.
    • Menyediakan teks penggulungan kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
    • Menyelaras sesi taklimat kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Parlimen bagi sesi penggulungan dan sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    • Menguruskan pembentangan Rang Undang- Undang (RUU) berkaitan KPT ke Parlimen dan sesi taklimat kepada ahli parlimen.
    • Menjadi urus setia dan menyelaras maklum balas ke atas usul/ isu berkaitan KPT yang dibangkitkan dalam persidangan parti pemerintah.
    • Mengurusetiakan bengkel Penyediaan Jawapan Parlimen.
    • Menyelaras pembentangan Laporan Tahunan Badan Berkanun di bawah KPT (yang telah diaudit) dalam Mesyuarat Parlimen.

Seksyen Operasi Strategik

  1. Unit Keusahawanan
    • Merancang dan menggubal dasar, program pembangunan dan pendidikan keusahawanan IPT.
    • Berperanan sebagai focal point keusahawanan di peringkat Kementerian bagi semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.
    • Melaksanakan inisiatif Kerangka Penjanaan Pekerjaan (Job Creator Framework) di bawah Lonjakan 1 PPPM (PT).
    • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program keusahawanan di peringkat nasional dan IPT yang dibiayai melalui dana keusahawanan Kementerian.
    • Menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi-institusi pendidikan tinggi negara, institusi penyelidikan, usahawan, koridor-koridor pembangunan (cth: ECER, NCER dsb), agensi-agensi kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, dan agensi kewangan serta dewan-dewan perniagaan.
    • Berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional (MKPTN).
    • Berperanan sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan.
    • Berperanan sebagai ahli kepada Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Program Pembangunan PKS (Perusahaan Kecil Sederhana).
  2. Unit Kebolehpasaran Graduan
    • Merancang dan menggubal Dasar dan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan.
    • Mengurus, dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan di IPT termasuk pelaksanaan program serta penyaluran dana program intervensi kebolehpasaran graduan.
    • Berperanan sebagai focal point kebolehpasaran graduan di peringkat Kementerian bagi semua universiti, politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional.
    • Menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi- institusi pendidikan tinggi negara, industri, institusi penyelidikan, NGO dan agensi kerajaan bagi tujuan membantu dalam peningkatan kebolehpasaran graduan.

Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan & Jemaah Menteri

  1. Unit Pentadbiran
    • Merancang, memantau dan melaksana hal-hal berkaitan Pengurusan BPPD seperti berikut:
      • Pentadbiran am;
      • Pengurusan Kewangan;
      • Pengurusan Aset dan Stor; dan
      • Pengurusan Sumber Manusia
  2. Unit Pengurusetiaan
    • Merancang, melaksana dan memantau mesyuarat- mesyuarat utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:
      • Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK);
      • Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB);
      • Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT); dan
      • Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU)
    • Menyedia dan menyelaras pelbagai input dan khidmat nasihat pendidikan kepada urus setia mesyuarat atau agensi pusat seperti:
      • Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MMRR);
      • Mesyuarat Menteri Besar / Ketua Menteri (MMBKM); dan
      • Mesyuarat KSU dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP)
  3. Unit Jemaah Menteri
    • Menyelaras Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan hal-hal dasar pendidikan.
    • Menyelaras Nota Jemaah Menteri (NJM) berkaitan hal-hal dasar pendidikan.
    • Menyelaras MJM berkaitan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi Badan Berkanun.
    • Menyelaras penyediaan ulasan terhadap MJM daripada Kementerian/ Agensi lain.
    • Menyelaras penyediaan maklum balas keputusan Jemaah Menteri bagi dikemukakan kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri melalui e-BKPP.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 3, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6809
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1953
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 21 Jun 2021, 13:53:44.