Bahagian Perancangan Strategik

Latar Belakang

  • Bahagian Perancangan Strategik merupakan satu (1) bahagian utama daripada 14 Bahagian di Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertanggungjawab untuk menyelaras hala tuju dan keputusan strategik Kementerian.
  • Bahagian ini ditubuhkan susulan daripada penstrukturan semula organisasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) mulai pada 1 Mei 2022.
  • Bahagian ini terdiri daripada lima (5) seksyen iaitu Seksyen Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan, Seksyen Data, Seksyen Sukan, Seksyen Parlimen dan Inovasi serta Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan dan Jemaah Menteri.
  • Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan diterajui oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), JUSA C bersama-sama dengan 54 perjawatan yang terdiri daripada pelbagai skim, gred dan jawatan.

Visi & Misi

Visi

Perancangan Strategik Mampan, Insan Cemerlang

Misi

Memperkasa perancangan strategik Kementerian yang mampan dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan holistik.

Objektif

  • Menjadikan Kementerian sebagai peneraju pendidikan tinggi berkualiti melalui transformasi strategik yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.
  • Memacu hala tuju strategik Kementerian untuk jangka pendek, sederhana dan panjang selaras dengan agenda dan keperluan negara.
  • Menerajui pelaksanaan keputusan strategik Kementerian secara holistik demi melahirkan individu yang berpotensi bagi memenuhi aspirasi negara.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan penyaluran peruntukan berkaitan dana usahawan disalurkan kepada IPT yang berkenaan dengan jumlah sepertimana yang telah diluluskan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh keputusan permohonan dimaklumkan.
  • Memaklumkan keputusan Kelulusan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) dan penyaluran dana kepada IPT dalam tempoh empat (4) minggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan bersidang.
  • Memproses permohonan data terbuka dari Bahagian/agensi/orang awam dalam tempoh sekurang- kurangnya tiga (3) hari bekerja.
  • Memperaku senarai penawaran Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi -Atlet Cemerlang IPT untuk kelulusan Jawatankuasa Kerja Penajaan (JKKP) dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan.

Struktur Organisasi

 2022 09 22 Bahagian Perancangan Strategik

Fungsi

  • Melahirkan graduan yang dapat memenuhi permintaan pasaran dan kehendak industri; dan berciri keusahawanan melalui platform yang bersesuaian.
  • Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan tinggi bagi tujuan perancangan dan penggubalan dasar pendidikan tinggi negara.
  • Membentuk sahsiah dalam kalangan graduan melalui program dan aktiviti pembangunan dan pembudayaan sukan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
  • Memastikan perkara berkenaan Parlimen dan Inovasi di peringkat Kementerian berjalan dengan lancar selaras dengan arahan dan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Memastikan perancangan mesyuarat-mesyuarat utama KPT, hal ehwal pentadbiran bahagian dan urusan berkaitan kertas Jemaah Menteri dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Perancangan Strategik
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 3, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9389