Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Datuk Rosli Yaakub

DATUK ROSLI YAAKUB
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
(PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN)

PENGENALAN

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “Agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer - CIO) di kalangan pengurusan atasan”.

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

Nota: CIO – Chief Information Officer / Ketua Pegawai Maklumat

PERANAN CIO

  1. Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT Kementerian yang mengandungi perancangan ICT dalam menyokong pencapaian maklumat agensi, keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Agensi dan ISP Sektor Awam;
  2. Memperkemaskan dan menyeragamkan proses-proses yang cross functional antara jabatan/ agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
  3. Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, interoperability dan portability;
  4. Menentu hal tuju sistem plikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
  5. Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
  6. Menerima pakai dan melaksanakan penggunaan IT dalam sistem penyampaian perkhidmatan Whole-of-Government serta bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change);
  7. Melaksana Inovasi melalui Aplikasi, Infrastruktur dan Keselamatan ICT;
  8. Melaksana Penggunaan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik ICT; dan
  9. Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

KEANGGOTAAAN MAJLIS CIO KPT

Tarikh kemaskini: 14 April 2021.

BIL.AGENSINAMA CIOJAWATAN
1 Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) YBrs. Dr. Zubaidah binti Aman Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
2 Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) YBrs. Puan Normahizan binti Yaacob Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan)
3 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) YBrs. Encik Azhar bin Ahmad Ketua Pegawai Kewangan
4 Universiti Malaya (UM) YBhg. Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz bin Abdul Raman Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
5 Universiti Sains Malaysia (USM) YBhg. Prof. Dr. Md Roslan bin Hashim Ketua Pegawai Maklumat
6 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) YBhg. Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz Pengarah ICT Merangkap CIO
7 Universiti Putra Malaysia (UPM) YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan Ketua Pegawai Maklumat
8 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman Pengarah ICT Merangkap CIO
9 Universiti Teknologi MARA (UiTM) YBhg. Prof. Ts Dr. Mohd Fozi Ali Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
10 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) YBhg. Prof. Dato' Dr. Norbik Bashah bin Idris Ketua Pegawai Maklumat
11 Universiti Utara Malaysia (UUM) YBhg. Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim Pengarah ICT Merangkap CIO
12 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) YBhg. Prof. Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
13 Universiti Malaysia Sabah (UMS) YBhg. Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim Pengarah ICT
14 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) YBrs. Puan Norazizah binti Othman Pengarah ICT Merangkap CIO
15 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi Ketua Pegawai Maklumat
16 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) YBhg. Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam Ketua Pegawai Maklumat
17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farhan bin Md. Fudzee Pengarah ICT Merangkap CIO
18 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) YBrs. Encik Mohd Isa bin Mohd Dom Ketua Pegawai Maklumat
19 Universiti Malaysia Pahang (UMP) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Ariff bin Ameedeen Pengarah ICT Merangkap CIO
20 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YBhg. Prof. Ir. Dr. Anuar bin Mat Safar Ketua Pegawai Digital (CDO)
21 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan Naib Canselor
22 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah Ketua Pegawai Maklumat
23 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) YBrs. Dr. Mohd Rizal bin Mohd Isa Ketua Pegawai Maklumat Pengarah ICT

PEKELILING & GARIS PANDUAN

Buku panduan ini bertujuan untuk membantu CIO di sektor awam memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pelaksana, penyelaras dan peneraju perubahan. Buku panduan ini meliputi urus tadbir CIO dan toolkit dalam bidang Pengurusan Maklumat, Dasar ICT dan Perundangan. Kandungan panduan ini hendaklah difahami oleh semua CIO dan seterusnya dimanfaatkan dalam melaksanakan peranan di agensi masing-masing.

pdf Buku Panduan Ketua Pegawai Maklumat CIO Sektor Awam (6.98 MB)

PENDAFTARAN & PENGEMAKINIAN MAKLUMAT CIO

Borang Maklumat CIO Agensi boleh dimuat turun bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat CIO agensi masing-masing.

Muat Turun
document Borang Maklumat CIO (75 KB)
E-mel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pertanyaan
03 - 8870 6064/6067/6069
Alamat
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 6, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
(u.p: Unit Dasar ICT - CIO)
%MCEPASTEBIN%
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 40102
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 14 Jun 2021, 16:18:59.