Pengenalan

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai dua (2) buah jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi, iaitu:

  • Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) - menguruskan UA dan IPTS
  • Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) - menguruskan politeknik dan kolej komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian tinggi, iaitu:

  • Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) - pusat transformasi pembangunan modal insan.
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
  • Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara
  • Education Malaysia Global Services (EMGS) - mempromosikan diplomasi pendidikan dan pengantarabangsaan sektor pendidikan Malaysia. 
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 96112