Disiarkan dalam Tentang Kami.
Perutusan Ketua Setiausaha

Selamat Datang ke Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 8 Mac 2020, KPT telah diwujudkan semula dengan rasminya. Seiring dengan kepesatan sektor pendidikan tinggi negara yang makin berkembang serta perubahan landskap pendidikan tinggi global yang dinamik, pewujudan semula KPT ini amat wajar bagi menangani hal ehwal pendidikan tinggi dan menyediakan ekosistem tadbir urus dengan lebih berkesan. KPT juga dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.
Melalui portal ini, segala program semasa KPT boleh diketahui dengan mudah dan pantas. Pelbagai maklumat yang bermanfaat kepada pengguna, pelanggan dan pihak berkepentingan juga dapat diakses secara terus dan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada masyarakat.
Adalah menjadi harapan saya agar portal ini menjadi pilihan warga pendidikan tinggi dan masyarakat Malaysia amnya sebagai ruang interaksi dan penghubung dalam menerangkan dasar-dasar berkaitan, isu-isu semasa dengan telus kepada semua. Selain itu, para pelawat portal ini adalah dialu-alukan dalam memberikan pandangan dan cadangan berhubung penambahbaikan perkhidmatan KPT seiring dengan usaha untuk meningkatkan mutu pencapaian perkhidmatan kami.
Selamat melayari portal Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 26953