Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Perutusan Menteri

YBM DS Dr. Noraini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dalam era digital kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu aspek yang signifikan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengaplikasikannya dalam portal yang menjadi medium komunikasi antara KPT dan pelanggannya secara atas talian.

Tujuan utama KPT menyediakan portal ini adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai mengakses maklumat dan fakta mengenai kementerian ini serta perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, portal ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengutarakan pandangan, pendapat dan maklum balas mengenai kementerian selain membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Pihak KPT sentiasa berusaha membuat penambah baikan untuk meningkatkan kualiti portal ini. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina demi untuk memperbaiki dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian selain menambah maklumat dan kemudahan yang disediakan.

Tahniah kepada KPT kerana sentiasa peka kepada kehendak masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Sehingga kini, pelbagai maklumat yang saling berkait dengan tugas, peranan dan fungsi kementerian telah disediakan untuk panduan dan rujukan pengunjung. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi portal rasmi KPT.

Selamat melayari Portal KPT.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2481
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 23 Julai 2021, 15:37:21.