Kebenaran Untuk Ibu Bapa Mengambil Pelajar IPT Di Kampus

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 5 Mei 2020 telah bersetuju untuk membenarkan ibu bapa pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti, menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing.                                                                                        

Sehubungan itu, KPT memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk menjemput anak masing-masing di kampus bermula hari ini, 6 Mei 2020. Bagaimanapun, kebenaran ini terhad kepada pergerakan di dalam negeri berkenaan (intra-state) sahaja.

KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

 

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PUTRAJAYA

6 MEI 2020

 

 

 

 

Cetak Emel