• Utama
  • Media
  • Kenyataan Media
  • Keputusan Tidak Meneruskan Penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Keputusan Tidak Meneruskan Penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa. Antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada, dan tahap ketersediaan warga kedua-dua buah universiti ini dalam membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu kelak.

Kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan ini diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua buah universiti. Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa. Penggabungan tersebut turut dijangka akan melibatkan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, penggabungan ini tidak akan diteruskan oleh pihak Kerajaan.

DATO’ DR. NORAINI AHMAD

MENTERI PENGAJIAN TINGGI

22 MEI 2020

Cetak Emel