• Utama
  • Media
  • Kenyataan Media
  • 10 Buah Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 110 Terbaik Asia Berdasarkan Quacquarelli Symonds (Qs) World University Rankings : Asia 2021

10 Buah Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 110 Terbaik Asia Berdasarkan Quacquarelli Symonds (Qs) World University Rankings : Asia 2021

 Buat julung-julung kalinya, 10 buah Universiti Tempatan yang terdiri dari tujuh (7) buah Universiti Awam dan tiga (3) buah Universiti Swasta kini berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021 pada 25 November 2020, Universiti Malaya (UM) mendahului lain-lain universiti di tempat ke-9, diikuti Universiti Putra Malaysia (ke-28), Universiti Sains Malaysia (ke-34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi Malaysia (ke-39), Universiti Teknologi PETRONAS (ke-70), Universiti Taylor's (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke-107) dan Universiti Teknologi MARA (ke-108).

Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala tuju Pendidikan Tinggi Negara berada di atas landasan yang betul. Tahun 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat.

Kejayaan ini juga secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Asia ini dan juga dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia.

Selain itu, UM buat kali pertama telah berjaya disenaraikan sebagai 10 universiti terbaik di Asia dalam penarafan kali ini dengan mendapat tempat ke-9 berbanding tempat ke-13 pada penarafan tahun lepas. UM juga telah berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat-10 dalam penarafan tahun ini. Shang Jiao Tong University merupakan universiti terkemuka yang telah memperkenalkan Academic Ranking of World Universities atau lebih dikenali sebagai Shanghai Jiao Tong University Rankings yang menilai kekuatan penyelidikan universiti di seluruh dunia.

Laporan tersebut turut menyenaraikan UM, UPM, USM, UKM UTM, UUM dan UiTM serta tiga buah universiti swasta iaitu Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Taylor's dan Universiti UCSI sebagai 110 universiti terbaik Asia atau 10 buah Universiti terbaik Malaysia.

Pada siri penarafan kali ini, 35 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu dengan pertambahan 6 buah universiti baharu berbanding dengan 29 buah universiti yang tersenarai pada tahun lepas. 24 buah universiti telah berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, 3 buah universiti mengekalkan kedudukan dan 2 buah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas. Senarai lengkap bagi kedudukan 35 buah Universiti  tempatan  adalah  seperti Jadual 1.

Dalam Laporan Quacquarelli Symonds (QS) juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi di kalangan akademik dan majikan di peringkat Asia.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD

Menteri Pengajian Tinggi

26 November 2020

Jadual 1

KEDUDUKAN 35 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) MALAYSIA DALAM  QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS (QS-WUR) : ASIA 2021

 No.

 IPT MALAYSIA

QS-WUR: ASIA 2020

QS-WUR:

ASIA 2021

1 UNIVERSITI MALAYA (UM) 13 9
2 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 33 28
3 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 37 34
4 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 39 35
5 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 46 39
6 UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) 82 70
7 TAYLOR'S UNIVERSITY 109 89
8 UCSI UNIVERSITY 122 105
9 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 116 107
10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 119 108
11 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) 140 123
12 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) 134 133
13 MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU) 179 139
14 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) 181 157
15 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) 195 168
16 SUNWAY UNIVERSITY 194 172
17 MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU) 170 190
18 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) 243 195
19 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 211= 207
20 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 211= 210
21 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 243 251-260
22 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 351-400 281-290
23 UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL) 301-350 291-300
24 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 301-350 291-300
25 ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY AND INNOVATION (APU) - 301-350
26 SEGI UNIVERSITY 301-350 301-350
27 LIMKOKWING UNIVERSITY OF CREATIVE TECHNOLOGY 401-450 351-400
28 LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE - 351-400
29 HELP UNIVERSITY - 401-450
30 INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY - 401-450
31 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 451-500 401-450
32 MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY (MUST) - 451-500
33 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) 451-500 451-500
34 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) 501-550 501-550
35 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) - 551-600

Jadual 2

KEDUDUKAN 10 BUAH UNIVERSITI TERBAIK ASIA (ASIA’S TOP 10) DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS (QS-WUR) : ASIA 2021

 

No.

 

ASIA’S TOP 10

QS-WUR: ASIA 2020

QS-WUR:

ASIA 2021

1

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS)

1

1

2

TSINGHUA UNIVERSITY

4

2

3

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY (NTU)

2

3

4

UNIVERSITY OF HONG KONG (HKU)

3

4

5

ZHEJIANG UNIVERSITY

6

5

6

FUDAN UNIVERSITY

7

6

7

PEKING UNIVERSITY

5

7

8

THE HONG KONG UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY (HKUST)

8

8

9

UNIVERSITI MALAYA (UM)

13

9

10

SHANGHAI JIAO TONG UNIVERSITY

17

10

Cetak Emel