• Utama
  • Media
  • Teks Ucapan
  • Teks Ucapan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Pengajian Tinggi (Kpt) Dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (Punb)

Teks Ucapan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Pengajian Tinggi (Kpt) Dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (Punb)

MUKADIMAH DAN EKSPRESI PENGHARGAAN
 
  • Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat bersiaran secara maya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam Bidang Penyelidikan, Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan Bumiputera pada hari
  • Sesungguhnya, sesi pada hari ini begitu signifikan kepada KPT dan PUNB dalam menzahirkan komitmen untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian, khususnya graduan bumiputera dalam bidang
  • Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi dan seluruh pasukan PUNB kerana memberikan ruang untuk berkolaborasi dengan KPT. Moga ikatan strategik ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat dan kerjasama kukuh antara kedua-dua
KEUSAHAWANAN SEBAGAI LANGKAH MITIGASI IMPAK PANDEMIK COVID- 19 TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN
 
Hadirin yang saya hormati sekalian,
  • Pada tahun 2020, Kementerian menganggarkan lebih tiga ratus ribu pelajar bakal menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dan melangkah ke alam pekerjaan. Dalam tempoh ekonomi yang tidak menentu kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini, wujud kegusaran di pihak Kementerian terhadap nasib bakal graduan ini. Apakah nanti mereka mampu untuk berdepan dengan situasi sebenar dunia pasca pengajian? Cukupkah segala ilmu dan pengetahuan untuk kemandirian graduan nanti? Justeru, langkah mitigasi yang strategik dan perancangan yang teliti perlu diambil bagi meminimumkan kesan luar jangka yang bakal timbul di kemudian
  • Bagi maksud itu, Kementerian melihat bahawa bidang keusahawanan mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh pelajar dan graduan di samping menjadikannya sebagai satu daripada cabang kerjaya. Dengan berkecimpung dalam arena keusahawanan, seseorang itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan yang berganda, tetapi juga berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu
  • Lihat sahaja kepada kejayaan usahawan graduan kita seperti Encik Arif Tukiman, graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat RunCloud. Syarikatnya yang bernilai RM20 juta kini menguruskan lebih 230,000 aplikasi web dari lebih 100 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom dan India. Begitu juga dengan Cik Noorain Mohd Said, pengasas Norah Organic Hair Removal, graduan Universiti Melaya (UM) yang kini telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke Singapura, Brunei, Thailand dan Korea.
  • Namun demikian, dalam keadaan sekarang ini, model-model perniagaan secara konvensional yang dipelopori oleh kebanyakan usahawan atau peniaga seperti membuka kedai secara fizikal dan mempunyai pasukan jualan (sales team) yang besar, sedikit demi sedikit menjadi semakin kurang relevan. Malahan, jika diteliti dan dianalisis model-model perniagaan yang berjaya pada masa kini, kebanyakannya mengaplikasikan pendekatan dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi dan menjadikan inovasi sebagai teras perniagaan
  • Contoh yang paling mudah untuk dikisahkan ialah bagaimana Nadiem Makarim, pengasas Go-Jek berjaya membawa perkhidmatan teksi motosikal kepada suatu pengalaman yang luar biasa. Pada awalnya, hanya 20 orang sahaja yang menjadi pengemudi Go-Jek. Namun, dengan kreativiti serta inovasi aplikasi teknologi yang digunakan, Go-Jek yang menawarkan sehingga 20 jenis perkhidmatan kini telah menciptakan lapangan pekerjaan bagi jutaan orang di Indonesia. Ternyata anak muda ini bukan sahaja mencari pekerjaan, tetapi lebih daripada itu, beliau telah mencipta pekerjaan!
  • Sudah tentu negara kita juga mengimpikan untuk melihat lebih ramai anak muda kita mengecapi kejayaan-kejayaan seumpamanya pada masa hadapan. Sebagai Kementerian yang menggalas amanah melahirkan modal insan yang cemerlang, KPT amat komited untuk menyediakan peluang kepada graduan khususnya mendapatkan latihan kemahiran (reskilling) dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) secara berterusan. Ini penting supaya para graduan sekalian berdaya tahan untuk berdepan dengan situasi yang serba mencabar sekarang
  • Dalam hal ini, banyak ikhtiar yang telah dilaksanakan dan juga dirancang oleh Kementerian bagi memastikan para graduan kita sentiasa ditingkatkan kebolehpasaran mereka. Antaranya termasuklah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KPT-CAP (Career Advancement Program). Dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, fokus diberikan kepada tiga (3) program utama. Yang pertamanya ialah Job Matching and Placement, iaitu satu program yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran peserta berdasarkan keperluan industri; program kedua ialah Program Berterusan Keusahawanan, iaitu program  latihan yang berupaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula; dan ketiga ialah program latihan dalam bidang gig economy dan freelancing. Program-program yang berbentuk latihan kemahiran jangka pendek dan sederhana ini dijangka dapat memberikan manfaat dan nilai tambah kepada sejumlah 20,000 graduan universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.
KERJASAMA STRATEGIK KPT-PUNB
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
  • Sepanjang tempoh empat tahun yang lepas, sejumlah 49,983 penuntut institusi pengajian tinggi telah menjalankan perniagaan dalam tempoh pengajian. Daripada jumlah ini, seramai 7,148 graduan masih meneruskan kerjaya mereka sebagai usahawan selepas tamat pengajian. Justeru, dengan usaha sama KPT dan PUNB yang bakal dimeterai pada hari ini, saya percaya sedikit sebanyak akan membantu menyumbang kepada peningkatan bilangan graduan usahawan
  • Jalinan kerjasama antara KPT dan PUNB yang bermula sejak tahun 2016 telahpun berjaya menyaksikan empat program keusahawanan dilaksanakan. Program-program yang dimaksudkan ialah Program Motivasi Usahawan Muda; Program Latihan Pembangunan Usahawan Muda; Biz Clinic; dan Program Latihan Pembangunan Perantis BRO (Bumiputera Retailers Organisation).
  • Tidak mahu terhenti hanya setakat itu sahaja, KPT dan PUNB telah sepakat untuk merangka strategi baharu bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan penguasaan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan. Pelbagai program kolaborasi dirangka khususnya dalam bidang penyelidikan; pembangunan keusahwanan; dan kebolehpasaran
  • Saya difahamkan selepas termeterainya memorandum ini, kedua-dua belah pihak akan duduk bersama-sama bagi merangka program untuk membantu para graduan. Sebagai langkah rintis, seramai 500 graduan bumiputera akan terlibat dibawah program EntreprenuerMOHE@PUNB - “Empowering Business Through Digitalisation” untuk tempoh tiga (3) bulan. Suka saya kongsikan di sini bahawa penekanan program ini adalah kepada aspek latihan pengurusan;  bimbingan teknikal bagi pemasaran digital; serta BizKonsultansi berkaitan perniagaan daripada PUNB. Bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, pelbagai faedah lanjutan bakal diperoleh daripada PUNB. Ini termasuklah bimbingan pembentangan rancangan perniagaan atau pitching serta peluang untuk menyertai Program JUMPER PUNB selama lapan (8) bulan bersama-sama mentor usahawan mengikut bidang dan industri berkaitan.
  • Program bersama PUNB ini juga unik kerana difahamkan bahawa sebaik sahaja berjaya menamatkan latihan dan memenuhi syarat yang ditetapkan, graduan- graduan ini akan ditawarkan pembiayaan oleh PUNB atau agensi pembiaya yang di selaraskan oleh PUNB, sama ada untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.
PENUTUP
 
Hadirin yang saya hormati,
  • Susur perjalanan dalam memperkasakan agenda keusahawanan di IPT ini bukanlah mudah. Komitmen dan penglibatan semua pihak termasuklah institusi pengajian, industri, agensi pembiaya kewangan, agensi kerajaan dan sebagainya, amatlah diperlukan. Persekitaran yang inklusif serta kondusif penting bagi membantu meningkatkan lagi penerapan nilai dan pembangunan usahawan dalam kalangan
  • Menjadi harapan saya agar lembaran baharu memorandum yang dimeterai nanti memberikan nafas yang lebih segar kepada kerjasama antara KPT dan PUNB. Sudah pasti kolaborasi ini amat signifikan bagi membantu seramai mungkin graduan bumiputera untuk bergelar usahawan, yang bukan sahaja mampu bersaing di pasaran tempatan, bahkan juga boleh melangkah ke pasaran antarabangsa yang lebih
  • Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama secara maya pada majlis bersejarah ini. Semoga usaha kita diberkati dan beroleh
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Cetak Emel