Carian

Massive Open Online Courses (MOOCs)

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Massive Open Online Courses (MOOCs)?

Massive Open Online Courses atau MOOCs ialah kursus dalam talian yang disasarkan untuk penyertaan tidak terhad dan akses terbuka melalui Internet.

2. Bagaimanakah MOOCs memberikan manfaat kepada sistem pendidikan tinggi?

MOOCs memberi manfaat kepada sistem pendidikan tinggi Malaysia kerana MOOCs dapat meningkatkan enrolmen pelajar, mempertingkatkan kualiti pengajaran, mengantarabangsakan IPT dan mengurangkan kos penyampaian kandungan kursus.

3. Apakah keunikan Malaysia MOOCs?

Malaysia MOOCs ialah inisiatif pertama di dunia yang menghimpunkan semua pelajar tahun pertama dari 20 buah universiti awam Malaysia menggunakan satu platform. Ia menandakan penglibatan pertama oleh universiti awam Malaysia dalam MOOCs. Kini, semua Universiti Awam, Kolej Komuniti dan beberapa buah IPTS telah menawarkan kursus MOOCs melalui platform OpenLearning.

4. Apakah kaitan platform OpenLearning dengan Malaysia MOOCs?

OpenLearning merupakan platform MOOCs rasmi yang digunakan oleh Malaysia MOOCs (https://www.openlearning.com/malaysiamoocs).

5. Siapakah yang boleh mengikuti kursus Malaysia MOOCs?

Kursus Malaysia MOOCs yang ditawarkan melalui platform OpenLearning boleh diikuti oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, latar belakang pendidikan, jantina, jenis institusi dan sebagainya.

6. Kursus apakah yang ditawarkan oleh Malaysia MOOCs?

Terdapat tiga (3) kategori kursus yang ditawarkan oleh Malaysia MOOCs iaitu kursus umum, kursus tujahan (niche) dan kursus pembelajaran sepanjang hayat.

7. Adakah kursus Malaysia MOOCs ditawarkan secara percuma?

Kursus Malaysia MOOCs yang ditawarkan oleh IPTA adalah secara percuma. Bayaran mungkin dikenakan jika pelajar ingin mendapatkan penganugerahan kredit bagi kursus MOOCs berkenaan.

8. Adakah kursus yang ditawarkan oleh Malaysia MOOCs diberikan kredit?

Kursus Malaysia MOOC boleh diberikan kredit dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengeluarkan Garis Panduan Pindah Kredit MOOC. Maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut boleh diperolehi melalui laman web MQA.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 15665
Multi Language [MY] [EN]

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 15 April 2024, 21:14:58.