logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2022/2023


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan sekali lagi bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada 25 September 2022, seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini di Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA.

Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang melalui pautan berikut:

  1. https://jpt.utm.my
  2. http://jpt.uum.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. http://jpt.ums.edu.my
  5. http://jpt.umt.edu.my

atau melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 26 September hingga 04 Oktober 2022 di laman web rasmi UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan :

No tel : 03 – 8870 8200
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/

Kementerian Pengajian Tinggi
19 September 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Keputusan Kemasukan 2022/2023.pdf (89 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 15398
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.