Tawaran geran di bawah Program Islamic Development Bank: Transform Fund 4th Call for Innovation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Pembangunan Islam (IsDB) telah menubuhkan sebuah inisiatif yang dinamakan sebagai ‘Engage’ iaitu hab digital yang dibina bertujuan untuk memacu pembangunan ekonomi dan sosial dunia membangun menerusi bidang Sains, Teknologi dan Inovasi. ‘Engage’ membuka peluang bagi pemain peran utama dalam bidang ekosistem inovasi melalui perkhidmatan bimbingan, nasihat kepakaran, sumber kewangan dan juga peluang perniagaan.

  2. Pada 1 April 2021, IsDB telah melancarkan ‘Transform Fund 4th Call for Innovation 2021’ dengan fokus untuk membantu negara-negara ahli IsDB dalam melalui fasa pemulihan pandemik COVID-19. Dalam hubungan ini, ‘Transform Fund 4th Call for Innovation 2021’ pada tahun 2021 dikhususkan untuk menyokong pembangunan dan pemindahan teknologi inovasi yang boleh menyumbang kepada pembangunan rantaian nilai yang mapan melalui peningkatan kapasiti pengeluaran tempatan di negara-negara ahli IsDB dalam penghasilan inovasi berkaitan pandemik COVID-19.

  3. Tawaran inisiatif ini memberikan peluang dari segi pembiayaan dan ekuiti bernilai USD 100,000 hingga ke USD 1,000,000 kepada saintis, pelabur, pemula, penyelidik yang tidak mensasarkan kepada pulangan pendapatan serta syarikat bioteknologi dan penyelidikan serta pembangunan institusi seluruh dunia yang mempunyai rangka pelan cadangan yang inovatif yang menyumbang kepada keselamatan global vaksin COVID-19.

  4. Sehubungan dengan itu, IsDB mempelawa warga universiti/ kolej/ institusi penyelidikan yang berminat untuk memohon geran dan mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2021. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut boleh didapati di https://www.isdb-engage.org/en/page/call-for-innovation-via-transform-fund-en. Selain daripada itu, informasi mengenai program yang sedang dijalankan oleh pihak IsDB berkaitan pemulihan pandemik COVID-19 boleh diakses melalui pautan https://www.isdb-engage.org/en/custom/newsidb/view/34477.

Sekian.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7510
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.