Menteri Pengajian Tinggi Meninjau Program Imunisasi COVID-19 di Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya (UM)

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan ke Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya bagi meninjau program imunisasi COVID-19 yang dijalankan disana.

Universiti Malaya merupakan satu dari empat Pusat Pemberian Vaksin(PPV) AstraZeneca yang diberi tanggungjawab unutk membantu kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid.19 Kebangsaan(PICK). PPV lain yang terlibat termasuklah di PPV Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), PPV IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam dan PPV Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7330

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.