Sidang Video YBM Ucapan Salam Perpisahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan sidang video bagi mengucapkan salam perpisahan kepada TYT Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia yang akan menamatkan perkhidmatannya dan akan pulang ke tanah airnya pada 14 Julai ini.

Banyak kolaborasi yang telah diadakan terutamanya usaha Kedutaan Australia dalam membantu memudahkan urusan menjaga kebajikan pelajar Malaysia yang terkandas di Australia berikutan penularan wabak COVID-19.

Semasa sesi tersebut, YB Menteri telah memohon agar pihak Australia dapat meningkatkan tawaran dari 10 tempat yg ditawarkan kepada Malaysia bagi program Virtual PHD internship programs antara MOHE & DESE dinaikkan kepada 20 tempat bagi memberi peluang semua universiti awam untuk menghantar wakil masing-masing.

YB Menteri juga meminta satu perbincangan khusus diadakan di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi usaha kerjasama dalam bidang TVET supaya bidang ini terus menjadi pilihan utama dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau juga menyarankan supaya MQA mengadakan perbincangan khusus bersama-sama TEQSA bagi mewujudkan satu kolabrasi yang lebih erat bagi membolehkan program-program yang ditawarkan di kedua-dua buah negara diberikan akreditasi yg setara sekaligus membolehkan pelajar-pelajar boleh mendapatkan pengecualian kredit atau pemindahan kredit jika berkeinginan untuk menyambung pelajaran atau mengikuti program mobiliti diantara dua negara (Malaysia & Australia).

Turut hadir secara maya ialah Dr Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Prof. Dato Dr. Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10053

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.