KSU Menerima Kunjungan Hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di pejabatnya hari ini.

Semasa sesi ini beberapa perkara telah dibincangkan antaranya berkenaan perkembangan terkini dalam pelbagai aspek berkaitan hal ehwal pelajar, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan UNIMAS.

Turut hadir ialah YBrs. Prof. Datu Mohd. Fadzil Abd Rahman, Penolong Naib Canselor UNIMAS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4073
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.