Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pagi ini telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Presint 5, Putrajaya.

Ibu Pejabat FAM yang baharu ini akan bermula pada tahun ini dan merupakan ibu pejabat ketiga FAM. Wisma FAM yang terletak di Kelana Jaya telah beroperasi sejak lewat 1980.

Majlis pecah tanah hari ini merupakan simbolik permulaan kepada pembangunan infrastruktur atau perkakasan kepada Pusat Latihan Kebangsaan FAM kerana bakal menyediakan pelbagai fasiliti yang mampu menampung program bola sepak di peringkat akar umbi sehingga kebangsaan.

Pembinaan Ibu Pejabat FAM ini merupakan sebagai usaha untuk menepati aspirasi dan tuntutan bola sepak moden yang berprestasi tinggi.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4122
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.