Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Unit Undang-Undang

Latar Belakang

Unit Undang-Undang bagi tahun 2020 dianggotai oleh empat (4) orang pegawai dan tiga (3) kakitangan seperti yang berikut :

  1. Penasihat Undang-Undang Gred L54 - 1    
  2. Peguam Kanan Persekutuan Gred L48 - 1    
  3. Peguam Persekutuan Gred L44 - 2
  4. Setiausaha Pejabat Gred N29 - 1     
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N19 - 1   
  6. Pekerja Sambilan Harian (PSH) N19 - 1

Unit ini diletakkan di bawah pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Visi & Misi

Visi

Organisasi Perundangan Awam yang Elit dan  Bertaraf Dunia

Misi

Mendukung Perlembagaan dan Undang-Undang bagi Melindungi Kepentingan Negara melalui Perkhidmatan Perundangan yang Berkualiti Tinggi, Cekap, Adil dan Saksama serta Pendakwaan yang Bebas

Objektif

Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama

Piagam Pelanggan

  1. Memberi nasihat perundangan dan maklum balas berhubung isu undang-undang dalam tempoh 14 hari bekerja jika tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  2. Membuat semakan draf perjanjian/Memorandum Persefahaman/dokumen undang-undang dalam tempoh 14 hari bekerja jika tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  3. Meneliti, mengkaji dan meminitkan arahan Kertas Siasatan untuk tindakan penguatkuasaan dalam tempoh 14 hari bekerja jika tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  4. Menggubal dan meneliti Rang Undang-Undang baru atau pindaan dan perundangan subsidiari baru atau pindaan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas isu dasar selesai dan tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  5. Mengendalikan kes tuntutan sivil/ timbang tara/ adjudikasi termasuk membantu Jabatan Peguam Negara dalam mendapatkan dokumen dan maklumat berkenaan dengan kes tuntutan sivil/ timbang tara/ adjudikasi.
  6. Menyediakan ulasan dan pandangan undang-undang yang pertama bagi Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara Dalam tempoh 7 hari bekerja bagi Memorandum Jemaah Menteri yang lengkap yang diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ulasan Jabatan Peguam Negara perlu diberikan.
  7. Menjalankan kajian undang-undang berhubung isu perundangan yang dirujuk dalam tempoh 3 bulan jika tidak memerlukan perbincangan lanjut dan tidak melibatkan isu yang rumit dan kompleks dan tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  8. Menghadiri mesyuarat/ perbincangan dan memastikan nasihat perundangan yang diberikan adalah teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain, kes-kes mahkamah dan dasar-dasar Kerajaan.
  9. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Penasihat Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara.

Struktur Organisasi

Unit Undang undang

Fungsi

Unit ini bertanggungjawab di dalam hal ehwal perundangan di Kementerian Pendidikan Tinggi. Fungsi utama Unit ini seperti yang berikut:

  1. memberi maklum balas, ulasan dan pandangan perundangan mengenai apa-apa perkara undang-undang kepada KPT secara lisan atau bertulis selaras selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain, kes-kes mahkamah dan dasar-dasar Kerajaan.
  2. memberi maklum balas, ulasan dan pandangan perundangan terhadap draf perjanjian atau memorandum persefahaman selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain dan dasar-dasar Kerajaan.
  3. memberi maklum balas, ulasan dan pandangan perundangan terhadap Memorandum Jemaah Menteri atau Nota Jemaah Menteri subsidiari selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan dan dasar-dasar Kerajaan.
  4. memberi maklum balas, ulasan dan pandangan perundangan terhadap draf Rang Undang-Undang atau undang-undang subsidiari selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan dan dasar-dasar Kerajaan.
  5. mengendalikan kes mahkamah dengan memperolehi fakta dan maklumat bagi kes-kes mahkamah dan mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan kepada Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara bagi menyelesaikan kes mahkamah yang melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi.
  6. meneliti, mengkaji dan meminitkan arahan Kertas Siasatan untuk tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan di bawah akta-akta yang berada di dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi antara lain seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan memberikan izin kompaun dan izin pendakwaan.
  7. mengendalikan prosiding mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi kesalahan di bawah akta-akta yang berada di dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi.
  8. menghadiri mesyuarat atau perbincangan di Kementerian atau di luar Kementerian serta di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara bagi perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Unit Undang - Undang
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 3, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6221
Faks: 03-8870 6828
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 20668
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.