pdf Garis Panduan Perkongsian Data KPT Bersama Media Popular
Oleh Borhanuddin Bin Ahmad 1929 muat turun
Garis Panduan Perkongsian Data KPT Bersama Media.pdf
Garis Panduan ini bertujuan menyelaraskan tatacara perkongsian data Kementerian Pendidikan Tinggi bersama pihak media bagi tujuan penerbitan sama ada di dalam media cetak, media elektronik atau media baharu.
Melalui Garis Panduan ini perkongsian data bersama media dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan terkawal bagi memastikan data yang diterbitkan oleh pihak media adalah sahih dan berintegriti.
Garis Panduan ini juga dapat menyeragamkan data yang disampaikan oleh pihak Kementerian kepada pihak media, bagi sesuatu perkara terutamanya yang berkait dengan isu-isu semasa.