Loading...

pdf Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian Kementerian Pendidikan Tinggi 2016 Popular

Oleh 3073 muat turun

Muat turun (pdf, 1.65 MB)

Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian Kementerian Pendidikan Tinggi 2016.pdf

Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian Kementerian Pendidikan Tinggi 2016

JADUAL PELUPUSAN REKOD URUSAN FUNGSIAN

  1. PENGENALAN

    Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian (JPR Urusan Fungsian) ialah jadual yang menetapkan tempoh simpanan siri-siri rekod di sesebuah pejabat awam sebelum dilupuskan bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan ke Arkib Negara Malaysia (ANM). Ia mengandungi maklumat-maklumat ringkas perihal isi kandungan rekod, kegunaannya dan tindakan pelupusan yang perlu diambil selepas tempoh simpanannya dipatuhi.

    Penggunaan JPR Urusan Fungsian ini dapat memastikan rekod yang bernilai sementara dapat dimusnahkan dengan segera manakala rekod yang bernilai kekal dipindahkan ke ANM untuk simpanan kekal. Tindakan ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran menerusi pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah pejabat awam, penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih ekonomik, mematuhi keperluan perundangan dengan mengenal pasti serta memisahkan bahan-bahan rekod yang berpotensi untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang.

  2. TUJUAN JPR URUSAN FUNGSIAN

    1. Bagi menetapkan tempoh simpanan rekod urusan fungsian dan mewujudkan keseragaman dalam pelupusan rekod di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    2. Sebagai alat untuk membolehkan pelupusan rekod dilaksanakan dengan lebih teratur dan cekap serta rekod bernilai kekal dapat dipelihara dengan selamat manakala rekod tidak bernilai dapat dimusnahkan segera.

  3. SKOP JPR URUSAN FUNGSIAN

    Penggunaan JPR Urusan Fungsian ini meliputi rekod urusan fungsian yang terdapat di KPT.

  4. KUASA JPR URUSAN FUNGSIAN

    JPR Urusan Fungsian ini disediakan oleh KPT bersama ANM dan diluluskan oleh Ketua Pengarah ANM di bawah seksyen 27, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. KPT perlu mematuhi penggunaan borang-borang pelupusan seperti diwartakan dalam P.U. (A) 377 Peraturan-peraturan Arkib Negara (Penetapan Borang-borang Bagi Pelupusan Rekod Awam 2008) bertarikh 13 Oktober 2008. KPT boleh mengambil tindakan untuk memusnahkan atau memindahkan rekod ke ANM dengan cara memohon dan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah ANM.