Loading...

Imej Garis Panduan Cek/EFT Terbatal Bilangan 1 Tahun 2017 Popular

Oleh 1576 muat turun

Muat turun (tif, 374 KB)

Garis Panduan Cek Terbatal Bil 1 Tahun 2017.tif

Seperti mana YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum, terdapat pembatalan Cek/EFT berlaku setiap bulan dan sehingga kini terdapat sebilangan cel/EFT dari tahun 2011 yang masih belum berganti atas sebab-sebab tertentu. Oleh yang demikian, Bahagian Akaun KPT telah mengemaskini garis panduan pengurusan Cek/EFT Terbatal yang dikeluarkan pada 29 Mac 2016 sebagai panduan kepada semua Bahagian/ Jabatan yang berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam menguruskan Cek/EFT Terbatal.

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengurusan Cek/EFT Terbatal Bil. 1 Tahun 2017 untuk rujukan YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan supaya pengurusan Cek/EFT Terbatal dapat diselenggara dengan baik dan berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan ini dapat mengurangkan/ mengelakkan Cek/EFT terbatal di masa akan datang.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai yang berikut:

  1. Pn Nurzurifah bt Kiplie
    No. Tel: 03-8870 6205
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  2. En. Mhd Azizi b. Adnan
    No. Tel: 03-8870 6167
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  3. Pn. Nur Ayuaatika bt. Abdul Zainal
    No. Tel: 03-8870 6172
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  4. En. Kamarul Affiq b. Azillah
    No. Tel: 03-8870 6174
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  5. Pn. Nur Adilah bt. Abd Rahman
    No. Tel: 03-8871 4403
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.