Bantuan Kewangan Asasi

OBJEKTIF
  • Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pendidikan Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pendidikan Malaysia setelah Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan (dahulunya juga dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi). Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sahaja.
  • Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.
GOLONGAN SASARAN Pelajar-pelajar golongan sasaran B40 dan M40 dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 yang mengikuti program bertaraf asasi di UA
PERINGKAT PENGAJIAN Asasi
TEMPAT PENGAJIAN
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
IKATAN PERJANJIAN
  • Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.
  • Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.
SYARAT
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
PERMOHONAN / PERTANYAAN
  • Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pendidikan Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing; dan
  • Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
    • Surat tawaran;
    • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
    • Borang penyata kewangan penjamin;
    • Panduan mengisi borang perjanjian;
    • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
    • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui UA masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Talian Hotline : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839

Cetak Emel

Pelajar

Pelajar Tempatan

Memohon Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan Unit Pusat Universiti (UPU) yang ditubuhkan sejak awal tahun 1970-an berperanan untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier / Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Panduan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf.

Panduan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan SPM/Setaraf.

Maklumat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Maklumat berkaitan senarai semak penubuhan / pendaftaran IPTS, senarai daftar dan statistik IPTS, Pindaan Akta 555, Garis Panduan dan Pekeliling IPTS.

Menyemak Pengiktirafan Kelayakan MQA
Maklumat berkaitan pengiktirafan kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Pelajar Antarabangsa

Education Malaysia Global Services (EMGS)
Kepelbagaian sistem pendidikan Malaysia menyediakan pilihan fleksibel untuk akses kepada sistem pendidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa dan memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Belajar di Malaysia
Belajar di luar negara boleh menjadi salah satu pengalaman yang paling bermanfaat untuk pelajar. Untuk belajar di Malaysia, anda perlu memohon untuk masuk ke institusi serta VISA daripada kerajaan Malaysia. Ikuti lima (5) langkah mudah untuk belajar di Malaysia.

Pengesahan Sijil Antarabangsa
Maklumat berkaitan pengesahan Sijil dan Transkrip Akademik bagi kemasukan ke IPTA atau IPTS di Malaysia
Kandungan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Pelajar Malaysia di Luar Negara

Belajar di Luar Negara
Maklumat persediaan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) / No Objection Certificate (NOC) merupakan salah satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di IPT luar negara.

Surat Tiada Halangan
Surat Tiada Halangan (STH) / Clearance Letter (CL) adalah bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di IPT luar negara tetapi masih belum menerima surat tawaran atau belum mendapat tempat di IPT tersebut.

Direktori Education Malaysia Luar Negara
Rujukan maklumat perhubungan Pejabat Education Malaysia (EM) di luar negara.