OBJEKTIF |
Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
Objektif penajaan adalah :
- Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
- Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
- Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
|
GOLONGAN SASARAN |
- Semua atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
- Atlet yang aktif dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan.
|
PERINGKAT PENGAJIAN |
- PhD
- Sarjana
- Ijazah Pertama
- Diploma
|
TEMPAT PENGAJIAN |
- 20 UA
- UTP
- MMU
- UNITEN
- IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
|
IKATAN PERJANJIAN |
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak. |
SYARAT |
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun;
- Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
- Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan(bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT);
- Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun di mana-mana IPT.
|
KATEGORI ATLIT |
KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)
- Mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia
- Atlet yang belum disenaraikan sebagai ATLET elit atau merupakan ATLET pelapis negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf
- Mendapat pingat pada peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf atau
- Mendapat pingat pada peringkat Asian University Sport Federation (AUSF)
KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)
- Mewakili negara pada peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf
- Atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA
- Mewakili negara pada peringkat AUSF atau
- Mendapat pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA)
KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)
- Atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT
- Atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
- Atlet negeri yang turut mewakili IPT pada peringkat kebangsaan dan mendapat pingat atau
- Atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat
KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)
|
PEMILIHAN |
- Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga; dan
- Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
|
PERMOHONAN / PERTANYAAN |
Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
BAHAGIAN SUKAN Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya
Talian Utama : 03 – 8870 6127 / 4779 / 6143 / 4794 (samb.) Faks : 03 – 8870 6824
Unit Skim Latihan Akademik IPTA Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya
Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.) Faks : 03 – 8870 6839
|