Jadual pembayaran balik yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman adalah seperti yang berikut:-
Jumlah Pinjaman | Ansuran Bulanan | Tempoh Bayaran |
---|---|---|
RM6,000.00 | RM125.00 | 48 Bulan |
RM4,500.00 | RM125.00 | 36 Bulan |
RM3,000.00 | RM125.00 | 24 Bulan |
RM1,500.00 | RM125.00 | 12 Bulan |
Gantirugi Pinjaman
Gantirugi pinjaman akan dikenakan ke atas peminjam yang berhenti atau tidak menamatkan pengajian di Kolej Komuniti atau Politeknik seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian. Peminjam akan dituntut untuk melangsaikan jumlah pinjaman secara sekaligus (lump sum) dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tuntutan.