Kaedah / Saluran Bayaran Balik

Indeks Artikel

5. Arahan Tetap kepada Bank

  1. Peminjam perlu berurusan dengan pihak bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau bank draf sahaja dan dikeluarkan atas nama "KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA" dan dialamatkan ke:

  2. Setiausaha Bahagian
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 2, No. 2, Menara 2, 
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
    62200 W.P. Putrajaya 
    (u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

  3. Kadar ansuran dan bayaran adalah ditetapkan oleh KPT. Sila rujuk surat tuntutan kerana maklumat bayaran telah dimaklumkan dalam surat tersebut. Peminjam adalah diingatkan supaya memohon daripada pihak bank untuk menyertakan nama dan nombor kad pengenalan setiap kali bayaran dibuat kepada KPT.

  4. Untuk memudahkan proses bayaran, peminjam dinasihatkan memberikan salinan surat tuntutan kepada pihak bank kerana maklumat bayaran telah dinyatakan dalam surat tersebut.

  5. Peminjam boleh menyemak bayaran di https://biasiswa.mohe.gov.my/ledger/ dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.

  6. Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk memaklumkan kepada pihak bank bagi tujuan memberhentikan arahan tetap tersebut sekiranya keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Sekiranya terdapat lebihan bayaran, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam.

Cetak Emel