Kaedah / Saluran Bayaran Balik

Indeks Artikel

6. Arahan Potongan Gaji

  1. Peminjam boleh melengkapkan Borang Arahan Potongan Gaji TPP dan menghantar satu salinan kepada KPT untuk tujuan surat arahan rasmi dikeluarkan kepada majikan.

  2. Surat arahan potongan gaji akan dikeluarkan kepada majikan peminjam berdasarkan borang yang telah dilengkapkan dan diterima oleh KPT. Bagi peminjam yang berkhidmat di sektor awam, KPT telah melaksanakan arahan potongan gaji kepada majikan berdasarkan Perjanjian Pinjaman Pelajaran yang telah ditandatangani.

  3. KPT menerima bayaran dalam bentuk cek atau bank draf sahaja. Peminjam digalakkan supaya menyemak rekod kemaskini di https://biasiswa.mohe.gov.my/ledger/ dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang kelewatan atau kemusykilan jika lejar tidak dikemaskini.

  4. Sekiranya terdapat lebihan potongan gaji, pemulangan hanya akan diproses sekiranya Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dilengkapkan dan dikembalikan oleh peminjam.

Cetak Emel