- USSD (Unstructured Supplementary Service Data) adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat berbentuk menu teks atau flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian.
- Gerbang USSD Kerajaan Malaysia yang diperkenalkan sebagai myUSSD menggunakan kod pendek *158# untuk semua agensi sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai "satu kerajaan, banyak agensi".
- USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS, transaksi USSD adalah session oriented.
- Setiap transaksi USSD adalah RM 0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian telah menawarkan perkhidmatan berikut menerusi myUSSD:
- Pembiayaan Ujrah
- Pinjaman Konvensional
- WPP
- SSPN-i
Maklumat lanjut, layari pautan MyGovMobile