Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta agensi dibawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

Tuntutan Ganti Rugi Pecah Kontrak

Satu perjanjian telah diwujudkan di antara pihak Kerajaan dengan pelajar tajaan KPT yang mengikat mereka untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Elemen penguatkuasaan merupakan mekanisme yang diguna pakai oleh KPT bagi memastikan pelajar tajaan KPT mematuhi perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan seterusnya menyumbang bakti kepada negara. Dalam hubungan ini, pelajar tajaan yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi hendaklah menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan yang diluluskan dan berkhidmat dengan Kerajaan bagi mematuhi perjanjian yang berkuat kuasa.

Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran KPT dan dokumen ikatan perjanjian akan mengakibatkan pelajar dikenakan tuntutan ganti rugi. Tuntutan ganti rugi dikenakan ke atas pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh penajaan seperti yang ditetapkan. Jumlah tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebanyak RM120,000 hingga RM160,000 bagi pengajian dalam negara dan kos perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi pengajian luar negara.

Surat Penyata Baki

Pemecah kontrak boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat/ e-mel / faks. Penyata rasmi baki terkini ganti rugi akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

Bayaran Balik

Kaedah saluran bayaran:

Tatacara Pembayaran Menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank Islam

  1. Prosedur pembayaran:
    • Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
    • Masukkan no. kad pengenalan Pelajar
    • Pilih MOHE
    • Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
    • Sahkan jumlah kemasukkan wang
    • Transaksi selesai dan ambil Resit
  2. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

BANK ISLAM (BIMBB) Internet Banking

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di capaian www.bankislam.com.my. Pilih "Payment/Services" >> Bill Presentment >> New IC Number >> Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

CIMB CLICKS

Bayaran melalui laman web di capaian www.cimbclicks.com.my.

SALURAN BAYARAN BERHAMPIRAN DI BANGUNAN KPT

(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)

MESIN ATM BANK ISLAM

(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)

Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.

NOTA: Mohon nyatakan No. KP dan emelkan bukti pembayaran ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengemaskinian lejer oleh Kementerian

Tuntutan Lebihan Bayaran Ganti Rugi / Elaun Terlebih Bayar

Sistem Semakan Penyata

Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik tuntutan ganti rugi / ETB hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut:

  • Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Tuntutan Ganti Rugi / ETB (muat turun borang);
  • Salinan maklumat akaun bank;
  • Salinan slip gaji bagi dua (2) bulan terakhir (ada potongan dan tiada potongan KPT)

Log Masuk Sistem

Paparan pemakluman: Lejer menunjukkan tuan/puan mempunyai lebihan bayaran.

Kemaskini Maklumat / Status Pemecah Kontrak

Sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian, pengemaskinian alamat atau maklumat lain peminjam boleh dibuat melengkapkan borang kemas kini maklumat (muat turun borang).

Di samping itu juga, adalah menjadi tanggungjawab peminjam / penjamin / waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam. Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian / keilatan / sakit kronik peminjam (muat turun borang).

  • Borang Kemas Kini Maklumat;
  • Borang Pemakluman Kematian/Keilatan/Sakit Kronik Peminjam TPP.

Borang yang lengkap boleh dikirimkan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat berikut:

Seksyen Penguatkuasaan dan Kutipan Balik
Bahagian Biasiswa
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel: 0388706000
Faks: 0388706839

Penangguhan Pembayaran / Penjadualan Semula Bayaran Balik Ansuran

Pemecah kontrak boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran balik tuntutan ganti rugi/ tempoh berkhidmat/ penjadualan semula ansuran dalam hal-hal berikut:

  • Melibatkan masalah kesihatan yang kritikal tetapi ada kemungkinan untuk pulih; ATAU
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (Surat pengesahan daripada universiti/ institusi pengajian); ATAU
  • Masih belum bekerja

Permohonan Pengesahan Penyelesaian Pembayaran

Pemecah kontrak boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks dengan mengemukakan maklumat seperti berikut agar Surat Selesai Bayar tersebut dapat dikeluarkan dengan sewajarnya:

  • Nama penuh;
  • No kad pengenalan (berdasarkan perjanjian);
  • No telefon untuk dihubungi;
  • Alamat surat menyurat.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 619
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 23 Julai 2021, 15:37:21.