Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi dibawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

PENAJAAN KPT

Secara umumnya, KPT menyediakan biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan kepada warganegara Malaysia yang merangkumi tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), orang awam dan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian termasuk sijil hingga ke peringkat pascasiswazah. Bagi memastikan hasrat pembangunan inklusif dalam kalangan masyarakat dapat dicapai, KPT turut memberikan focus kepada OKU dan golongan berpendapatan rendah terutamanya dalam kalangan keluarga B40. Dalam konteks pengantarabangsaan Pendidikan tinggi, KPT turut menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di Malaysia.

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.