Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) merupakan sebuah program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT di dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberi penarafan HICoE kepada pusat kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) yang berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic.

HICoE yang telah diiktiraf telah menghasilkan impak kepada penghasilan bakat baru penyelidikan, penerbitan jurnal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang dapat memberi bermanfaat kepada akademia, industri, kerajaan, komuniti dan persekitaran. Pemantauan prestasi secara berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan selari dengan objektif program HICoE serta sebagai asas bagi penyaluran dana penyelidikan HICoE yang seterusnya.

 

Senarai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

 

 

 

HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

 

Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

 

 

HICoE Teras Perkhidmatan

  

Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan

 

 

 

Cetak Emel