Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi dibawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Kemasukan
Pelajar

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan pelajar samaada ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau ke Program TVET di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

  • UPUOnline

    Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)

    Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

  • Ambilan Politeknik dan Kolej Komuniti

    Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

    Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti diuruskan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Biasiswa

Maklumat Lanjut

Bayaran Balik TPP

Bayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Peminjam yang menerima pinjaman di bawah TPP ini, perlu membayar balik pinjaman tersebut 6 bulan selepas menamatkan pengajiannya atau mendapat pekerjaan (yang mana terdahulu). KPT telah menetapkan pembayaran secara ansuran sebanyak RM125 sebulan.

Sistem e-Penyata

  • Sistem Semakan Penyata

    https://biasiswa.mohe.gov.my/ledger/

  • Sistem Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

    https://biasiswa.mohe.gov.my/sila_fpx/

Penyelidikan
  • HICoE

    Higher Institution Centre of Excellence

    Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) merupakan program kementerian yang dilaksanakan oleh JPT bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT dalam bidang penyelidikan nic.

  • PPRN

    Public Private Research Network

    PPRN ialah inisiatif inovatif kementerian bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia.

  • MyREN

    Malaysian Research and Education Network

    Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MYREN) membolehkan hubungan khusus berkelajuan tinggi ke sektor pendidikan sambil mengembangkan keupayaan penyelidikan di Malaysia.

  • MyGRANTS

    Malaysia Greater Research Network System

    MyGRANTS direkabentuk dan dibangunkan untuk memudahkan penyelidik dalam urusan dan aktiviti penyelidikan serta sebagai one-stop-center untuk pengurusan geran penyelidikan.

Kebolehpasaran Graduan

GREaT

Graduates Reference Hub for Employment and Training

Portal GREaT menyediakan hab maklumat sehenti informasi mengenai program dan inisiatif kebolehpasaran graduan. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • PENJANA-KPT CAP IPTA dan IPTS
  • Kajian Pengesanan Graduan
  • Carian Kebolehpasaran Graduan
  • Direktori PhD dan Ijazah Kehormat
  • E-Profiling

Sila layari http://great.mohe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Baca selanjutnya

Baca selanjutnya: Perkhidmatan

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 46504
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.