Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi dibawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

Bayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Pengenalan

Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT. Peminjam yang menerima pinjaman di bawah TPP ini, perlu membayar balik pinjaman tersebut 6 bulan selepas menamatkan pengajiannya atau mendapat pekerjaan (yang mana terdahulu). KPT telah menetapkan pembayaran secara ansuran sebanyak RM125 sebulan. Walau bagaimanapun, pembayaran melebihi jumlah tersebut amatlah digalakkan. Peminjam perlu mematuhi jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Peringatan akan dikeluarkan sekiranya pelajar gagal mematuhinya. Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada peminjam dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Bagi kes peminjam yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada peminjam secara serta-merta setelah status pengajian peminjam dari Politeknik / Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.

Semakan Penyata Online / Penyata Baki

Sistem Semakan Penyata

Surat Penyata Baki

Peminjam boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks. Penyata rasmi baki terkini pinjaman akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

Bayaran Balik

Kaedah saluran bayaran:

Tatacara Pembayaran Menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank Islam

  1. Prosedur pembayaran:
    • Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
    • Masukkan no. kad pengenalan Pelajar
    • Pilih MOHE
    • Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
    • Sahkan jumlah kemasukkan wang
    • Transaksi selesai dan ambil Resit
  2. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

BANK ISLAM (BIMBB) Internet Banking

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di capaian www.bankislam.com.my. Pilih "Payment/Services" >> Bill Presentment >> New IC Number >> Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

CIMB CLICKS

Bayaran melalui laman web di capaian www.cimbclicks.com.my.

POS ONLINE

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu mendaftar di capaian www.posonline.com.my.

SALURAN BAYARAN BERHAMPIRAN DI BANGUNAN KPT

(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)

MESIN ATM BANK ISLAM

(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)

Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.

NOTA: Mohon nyatakan No. KP dan emelkan bukti pembayaran ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengemaskinian lejer oleh Kementerian

Tuntutan Lebihan Bayaran

Sistem Semakan Penyata

Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik TPP hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut :-

  • Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik TPP (muat turun borang);
  • Salinan maklumat akaun bank;
  • Salinan slip gaji bagi dua (2) bulan terakhir (ada potongan dan tiada potongan KPT
Log Masuk Sistem

Paparan pemakluman: Lejer menunjukkan tuan/puan mempunyai lebihan bayaran. untuk pertanyaan atau

Kemaskini Maklumat / Status Pinjaman

Sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian, pengemaskinian alamat atau maklumat lain peminjam boleh dibuat melengkapkan borang kemas kini maklumat (muat turun borang).

Di samping itu juga, adalah menjadi tanggungjawab peminjam / penjamin / waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam. Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian / keilatan / sakit kronik peminjam (muat turun borang).

  • Borang Kemas Kini Maklumat;
  • Borang Pemakluman Kematian/Keilatan/Sakit Kronik Peminjam TPP.

Borang yang lengkap boleh dikirimkan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat berikut:

Seksyen Penguatkuasaan dan Kutipan Balik
Bahagian Biasiswa
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel: 0388706000
Faks: 0388706839

Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman

Peminjam boleh dipertimbangkan pengurangan kadar ansuran bulanan bayaran balik pinjaman pelajaran dalam hal-hal berikut:

  • Penerima apa-apa bantuan daripada agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ zakat/ Bantuan Sara Hidup (BSH); ATAU
  • Peminjam tidak bekerja (disahkan oleh Ketua Kampung/ JKKK/ Penghulu); ATAU
  • Komitmen hutang sedia ada peminjam telah melebihi 60% daripada gaji bulanan.

PERHATIAN:

Peminjam perlu mengisi lengkap borang bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam (muat turun borang) yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu beserta borang permohonan tersebut (muat turun borang);
  • Salinan Slip Gaji Peminjam (telah disahkan oleh Majikan jika bekerja);
  • Surat Rayuan Pengurangan Ansuran (sila sertakan justifikasi yang kukuh); dan
  • Dokumen sokongan (akaun penerima BR1M/BSH/Zakat/e-KASIH/ dll)

Permohonan Pengesahan Penyelesaian Pembayaran

Peminjam boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks dengan mengemukakan maklumat seperti berikut agar Surat Selesai Bayar tersebut dapat dikeluarkan dengan sewajarnya:

  • Nama penuh peminjam;
  • No kad pengenalan (mengikut dalam perjanjian);
  • No telefon untuk dihubungi;
  • Alamat surat menyurat.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 69243
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim