Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN)

PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pengajian Tinggi bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia

OBJEKTIF

  1. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyediaan penyelesaian (providing solution) daripada IPT dan PRI kepada industri;
  2. Meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian; dan
  3. Menggalakkan penyertaan penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri

SKOP PROJEK

Inovasi Produk

Menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri terutama yang berasaskan teknologi atau ke arah pensijilan

Inovasi Proses

Menambaik baik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen dengan teknologi selaras dengan Industri 4.0.

KOMITMEN DAN MEKANISME PEMBIAYAAN PROJEK

PPRN menawarkan geran pemadanan sehingga RM350,000 untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz syarikat.

SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN PROJEK

  1. SYARIKAT
    1. Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
    2. Nilai jualan tahunan melebihi RM100,000 (dengan bukti penyata bank syarikat 6 bulan terkini – Perniagaan atau penyata akaun yang diaudit untuk 3 tahun – Sdn Bhd);
    3. Syarikat hendaklah:
      1. berdaftar dengan mana-mana agensi atau platform yang menilai prestasi syarikat antara lain seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) atau agensi lain yang setaraf; atau
      2. Berada dalam kategori Syarikat yang berdaya saing dan berdaya maju (rujuk Lampiran C dalam Garis Panduan Pelaksanaan PPRN);
    4. Syarikat perlu ada premis perniagaan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pusat Inkubator yang berdaftar dengan agensi;
    5. Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun;
    6. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%); dan
    7. Produk/perkhidmatan yang hendak ditambah baik/ditambah nilai di bawah Inisiatif PPRN perlu berada dipasaran/ditawarkan sekurang-kurangnya setahun.
  2. PENYELIDIK
    1. Permohonan terbuka kepada semua penyelidik IPT dan PRI;
    2. Ketua penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap manakala penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap atau kontrak di IPT dan PRI;
    3. Tempoh perkhidmatan ketua penyelidik dan penyelidik hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 24 bulan daripada tarikh projek bermula
    4. Ketua penyelidik mestilah warganegara Malaysia;
    5. Penyelidik perlu mempunyai kepakaran, kemahiran atau pengetahuan dalam projek yang dipohon;
    6. Ketua penyelidik bukan dalam tempoh cuti belajar/ sabatikal/ menyambung pengajian/ latihan industri atau yang sama taraf dengannya;
    7. Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek atau menjadi ahli untuk satu (1) projek pada satu-satu masa. Permohonan khas perlu dibuat kepada KPM untuk kelulusan Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN jika penyelidik ingin mengetuai atau menjadi ahli melebihi satu (1) projek pada satu-satu masa;
    8. Penyelidik yang mengetuai atau menjadi ahli kepada satu-satu projek yang masih dalam pelaksanaan, tidak dibenarkan memohon projek baru sehingga surat status projek dikeluarkan oleh KPM; dan
    9. Penyelidik yang telah disenarai hitam sebelum ini tidak boleh memohon projek PPRN sehingga tempoh penggantungan tamat.

MAKLUMAT LANJUT

  1. Muat turun Borang Permohonan PPRN. Borang Permohonan perlu dihantar melalui Pusat Pengurusan Projek PPRN di IPT/PRI
  2. Sekretariat PPRN di Kementerian Pengajian Tinggi
    • Tel : 03-8870 6875 / 5101 / 5095 / 5110
    • Faks : 03-8870 6900
    • Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel

Semakan