Carian

Tiada Kategori

Khidmat Bakti HCTM UKM Santuni Masyarakat Sedili

Program khidmat bakti oleh warga serta pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan masyarakat bukan sahaja mampu menautkan hubungan yang lebih akrab, malah turut berupaya menterjemah kepakaran dan kearifan IPT dalam menawarkan rakyat sebuah solusi nasional.

Usaha murni berserampang dua mata tersebut sentiasa disambut baik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mana inovasi, penyelidikan, serta kepakaran rentas bidang dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan masyarakat.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyantuni masyarakat Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor melalui program KEKAL SIHAT KPT PRIHATIN MADANI yang turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

Program tersebut merupakan inisiatif khidmat bakti HCTM yang diisi dengan aktiviti berkaitan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan, rawatan dan kaunseling.

YB Menteri turut beramah mesra dengan para penduduk yang hadir sebelum menziarahi beberapa rumah di kawasan sekitar bersama pasukan HCTM sambil berkesempatan menyampaikan sumbangan bakul rahmah.

Dalam ucapannya, beliau berharap program seperti ini terus mendapat sambutan semua lapisan komuniti di Sedili serta mampu memberi manfaat kepada keterlihatan UKM di mata masyarakat.

Hadir sama dalam program ini Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin.

Kredit Foto: Pusat Komunikasi Korporat UKM

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 769

Muat Turun Dokumen

  • Borang

    Dokumen yang perlu di muat turun, diisi dan dihantar kembali kepada pemilik dokumen

  • Pengumuman

    Dokumen hebahan dan pengiklanan bermusim yang hanya sah digunakan pada masa yang telah ditetapkan

  • Manual dan Garis Panduan

    Dokumen berkaitan cara-cara penggunaan serta paduan yang perlu diikuti

  • Multimedia

    Kandungan multimedia dalam bentuk video, audio serta grafik dan logo dalam format vector dan imej

  • Pencapaian Piagam Pelanggan

    Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Kementerian setiap bulan

  • Penerbitan, Jurnal dan Laporan

    Koleksi bahan cetakan dan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian

  • Soalan Lazim

    Soalan dan jawapan lazim berkaitan isu yang menjadi pertanyaan awam yang dikeluarkan oleh kementerian

  • Statistik

    Dokumen laporan statistik tahunan kementerian meliputi laporan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

  • Teks Ucapan dan Slaid

    Koleksi teks ucapan dan slide pembentangan majlis rasmi oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian

  • Kenyataan Media

    Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian berkaitan isu-isu semasa

Baca selanjutnya: Muat Turun Dokumen

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 35130

Load

setTimeout(function() { window.location.href = 'https://www.mohe.gov.my/utama'; }, 1000) div.blank { opacity: 1; background: white; width: 100%; height: 100%; z-index: 10; top: 0; left: 0; position: fixed; }

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Baca selanjutnya: Load

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 502851
Multi Language [MY] [EN]

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.