Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di UA Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.
*Penawaran terakhir pada tahun 2016
Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. Program ini dilaksanakan bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.
Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik
Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.
Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
---> Syarat Dan Kelayakan Permohonan
---> Semakan Permohonan
Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.
Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.
Penajaan kepada pelajar antarabangsa dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Program ini adalah kerjasama penajaan bersama Islamic Development Bank (IDB) bagi menaja pelajar-pelajar dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara luar serta meningkatkan imej negara dan memperlihatkan peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi di persada antarabangsa.
Minister of Higher Education and the Ambassador of the Kingdom of Saudi Arabia to Malaysia met via a courtesy call meeting at the former office on 15 April 2022. Both sides underscored the importance to further strengthen the existing relationship between both countries and intensifying the cooperation in providing a quality higher education. The two are pleased to announce the opportunity to present the 300 scholarship award by the Kingdom of Saudi Arabia to Malaysians.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara