Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi dibawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT)

Menyediakan hab maklumat sehenti informasi mengenai program dan inisiatif kebolehpasaran graduan. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Permohonan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme atau PENJANA-KPT CAP IPTA dan IPTS:
    Program peningkatan kemahiran sama ada Place and Train atau keusahawanan dan gig economy yang merupakan inisiatif Kerajaan dalam menangani impak pandemic COVID-19 ke atas kebolehpasaran graduan.

  2. Kajian Pengesanan Graduan:
    Kajian tahunan yang dilaksanakan oleh KPT bagi mengetahui status pekerjaan dan destinasi graduan setelah tamat pengajian. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di institusi pendidikan tinggi masing-masing.

    Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian melalui:

    • Sistem Kajian Pengesanan Graduan 1 (SKPG 1): bagi universiti awam, IPTS dan lain-lain IPT bukan TVET;
    • Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET): bagi institusi latihan kemahiran awam;
    • Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2.0: bagi graduan mengemaskini status pekerjaan pada bila-bila masa.
  3. Carian Kebolehpasaran Graduan:
    Carian ini disediakan bagi kemudahan orang awam untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai kebolehpasaran graduan baharu di institusi pendidikan tinggi negara serta institusi latihan kemahiran awam. Kadar kebolehpasaran graduan ini adalah meliputi graduan yang bekerja / melanjutkan pengajian / meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

  4. Direktori PhD dan Ijazah Kehormat:
    Daftar nama yang disediakan bagi kemudahan orang awam menyemak senarai Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran IPT tempatan.

  5. E-Profiling:
    Penilaian minat dan kecenderungan kerjaya kendiri secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi GREaT di http://great.mohe.gov.my/

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 43208
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 19 Mac 2024, 08:43:48.