Permohonan Kategori Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Qiraat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Negara Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi kemasukan 2022/2023.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa pelajar Lulusan STAM, Diploma Qiraat dan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) dalam Program Ijazah Sarjana Muda Bagi Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
  1. Permohonan adalah secara dalam talian di laman e-timurtengah https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ yang akan dibuka pada 1 JUN 2022 (RABU) JAM 10.30 Pagi dan ditutup pada TUJUH (7) HARI SELEPAS KEPUTUSAN RASMI SPM DAN STAM DIUMUMKAN pada jam 11.59 Malam. Untuk makluman, PEMOHON perlu menghantar semua dokumen kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan PEMOHON yang telah mendapat status layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 19 OGOS 2022 (JUMAAT).
  1. Kementerian ini TIDAK MELANTIK mana-mana wakil orang perseorangan atau wakil pihak ketiga (ejen luar) bagi pengurusan pelajar sepanjang pengajian. Sebagai makluman, pengurusan permohonan dan pengajian bersama mana-mana wakil tersebut adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

Bahagian Education Malaysia,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5, 62200 PUTRAJAYA.

Tel : 03-88706217 / 6226 / 6620 / 6608 / 6635
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 16044
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 02 Mei 2024, 17:12:18.