Memorandum persefahaman (MoU) antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Malaysia-China Business Council (MCBC)

Dalam usaha untuk mempromosikan pendidikan di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Education Malaysia Global Services (EMGS) telah mengadakan kerjasama strategik dengan Malaysia-China Business Council (MCBC).

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada hari ini oleh CEO EMGS, Mohd. Radzlan Jalaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif MCBC, Lee Thai Hung yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Sri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri Ke China merangkap Pengerusi MCBC dan YB Dato Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Memorandum ini ditandatangani bagi membuka ruang yang lebih luas dalam menjalinkan kerjasama kedua-dua pihak bagi mempromosikan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa yang menawarkan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT dan Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6255
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 18:21:44.