Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan MSU, Shah Alam

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan MSU, Shah Alam hari ini.

PPV ini telah mula beroperasi sejak Mac 2021 lalu dan berkemampuan untuk memberi 600 vaksin setiap hari dan dijangka akan bertambah sehingga 1000 sehari dengan pertambahan waktu operasi sehingga 9.00 malam.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden, Management & Science University (MSU).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7107
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.