Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Perlis oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Perlis oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar

Para pengunjung terus melawat reruai KPT sempena pelancaran program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Perlis oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar negeri Perlis dan beberapa orang Menteri Kabinet.

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia kedua ini yang diadakan selepas jelajah pertama di negeri Johor pada 3 Mac yang lalu, bermula hari ini hingga 27 Mac 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

KPT menyediakan perkhidmatan utama kepada pengunjung, antaranya sesi konsultasi permohonan UPUOnline, semakan status akreditasi, permohonan APEL, pelbagai produk simpanan dan pembiayaan pendidikan PTPTN serta pendaftaran Sukarelawan Siswazah.

Pelbagai aktiviti juga diadakan untuk para pengunjung termasuk cabutan bertuah kepada pengunjung, kuiz-kuiz interaktif, saringan kesihatan oleh HUiTM serta demonstrasi TVET dari JPPKK.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Reruai KPT dan jangan lupa untuk membuat ujian RTK kendiri sebelum hadir. Patuhi SOP!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8045
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 07 Mei 2024, 17:07:26.