YBTM menghadiri program “100 days with Rozie: Exhibition & Batik Malaysia Fashion Presentation” di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah atau GESTURZ di UiTM Shah Alam

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menghadiri program “100 days with Rozie: Exhibition & Batik Malaysia Fashion Presentation” di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah atau GESTURZ di UiTM Shah Alam.

Pada majlis tersebut, YB Timbalan Menteri menyaksikan persembahan fesyen Batik Malaysia oleh pereka fesyen En. Azam Osman, seorang alumni UiTM dengan 18 rekaan beliau yang kontemporari dikenali sebagai Azammoff, selain dibawa melihat koleksi seni UiTM.

Program “100 Days with Rozie” ini yang mempamerkan sebuah dokumentasi visual dan tekstual perkembangan, peristiwa dan pencapaian sepanjang 100 hari Keluarga UiTM bersama Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah, merupakan satu acara untuk memperkenalkan semula UiTM GESTURZ dibawah tadbir urus baharu dibawah seliaan Naib Canselor.

UiTM GESTURZ adalah galeri seni universiti berperanan sebagai “center for curation and engagement” untuk semua aktiviti kreativiti merentasi seni visual.

Turut hadir ialah Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah, TYT Florentino Batista González, Duta Republik Cuba ke Malaysia dan pengurusan tertinggi UiTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4353
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 30 April 2024, 23:06:49.