Staff

A one-stop site for the needs of the staff of the Ministry of Higher Education (MOHE) and the Agencies under it to obtain official information for use in carrying out their duties

Takwim Mesyuarat JTI dan JPICT

English translation not available for this content.

JAWATANKUASA PEMANDU ICT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (JPICT KPT)

LATAR BELAKANG JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)

JPICT KPT ditubuhkan bagi menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada bahagian, jabatan dan agensi di
bawahnya berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had
nilai yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa di peringkat kementerian yang merancang, menyelaras, menilai,
meluluskan dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bagi kementerian dan agensi di
bawahnya termasuk projek ICT yang dilaksanakan secara in-house.

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) pula ialah jawatankuasa di peringkat kementerian yang menilai dan mengesyorkan perakuan
teknikal projek ICT serta melaporkan kemajuan pelaksanaan projek ICT bagi semua agensi di bawahnya kepada JPICT KPT.

TUJUAN - Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT KPT dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JTI DAN JPICT TAHUN 2024:

Tarikh dikemas kini - 15 Mac 2024

BIL      TARIKH TUTUP PERMOHONAN           *TARIKH MESYUARAT JTI           *TARIKH MESYUARAT JPICT     
1/2024       8 Januari 2024 (Isnin)    23 Januari 2024 (Selasa)  7 Februari 2024 (Rabu)   
  2/2024         7 Februari 2024 (Rabu)    19 Februari 2024 (Isnin)    13 Mac 2024 (Rabu)   
  3/2024         13 Mac 2024 (Rabu)    4 April 2024 (Khamis)    7 Mei 2024 (Selasa)   
  4/2024         5 Jun 2024 (Rabu) 16 Julai 2024 (Selasa)   13 Ogos 2024 (Selasa)
5/2024       4 September 2024 (Rabu    1 Oktober 2024 (Selasa  22 Oktober 2024 (Selasa)   

*Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan & jumlah permohonan diterima.

Mesyuarat JPICT
Pengerusi : YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
                 Ketua Setiausaha KPT
Mesyuarat JTI
Pengerusi : YBrs. Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir 
                 Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) merangkap CDO KPT

PROSES PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT KPT DAN AGENSI DI BAWAHNYA

Pemohon hendaklah menghantar cadangan kertas permohonan yang lengkap dengan mengikut format kertas permohonan yang
telah ditetapkan seperti langkah berikut:

  1. Cadangan perolehan projek ICT hendaklah mendapat kelulusan teknikal berdasarkan tadbir urus dan tatacara yang telah
    ditetapkan dalam Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan
    Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam (SPA Bil.3 Tahun 2015);
  2. Merujuk dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA);
  3. Mematuhi format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT KPT (KICT) yang terkini;
  4. Mengemukakan dokumen sokongan seperti User/Business Requirement Specification (URS/ BRS), kajian pasaran,
    maklumat spesifikasi perkakasan/perisian dan kelulusan peruntukan sumber kewangan; dan
  5. Mengemukakan cadangan kertas permohonan yang LENGKAP melalui e-mel ke alamat: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

FORMAT

PERMOHONAN KELULUSAN JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT SEKTOR AWAM (JTISA)

  1. Had nilai permohonan perolehan projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal JTISA adalah seperti yang berikut:
    1. Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM1 juta atau lebih; dan/atau
    2. Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau
      RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM5 juta atau lebih.

  2. Semua permohonan kelulusan JTISA perlu dikemukakan seperti langkah berikut:
    1. Melengkapkan templat permohonan JTISA yang boleh dimuat turun di Portal MAMPU di alamat url:
      https://www.mampu.gov.my/agensi-kerajaan/keurusetiaan/jawatankuasa-teknikal-ict-sektor-awam-jtisa/
    2. Menghantar permohonan lengkap dan templat permohonan JTISA melalui *Sistem PROFIT di alamat url:
      https://profit.mampu.gov.my.

      *Nota: Mohon ID pengguna Sistem PROFIT kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

PERMOHONAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM

Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT KPT, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu
dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan
tersebut melalui e-mel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office (CMO) di alamat e-mel seperti berikut:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN:  document Senarai Semak Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam. (22 KB)

RUJUKAN (PEKELILING DAN GARIS PANDUAN)

MAKLUMAT LANJUT

Urus Setia JPICT KPT
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Nombor Telefon: 03-8870 6065/6067/6069/6024/6907
Alamat E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Last updated on .
  • Hits: 71285
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 19 March 2024, 08:43:48.