KPT - Kemasukan Pelajar Asasi Dan Diploma Sesi Akademik 2021/2022
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEMASUKAN PELAJAR ASASI DAN DIPLOMA SESI AKADEMIK 2021/2022


Kementerian Pengajian Tinggi komited dalam menjayakan aspirasi Kerajaan semasa Pelan Pemulihan Negara bagi menangani penularan wabak COVID-19. Mengambil kira situasi semasa di dalam negara, Kementerian ingin memaklumkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma, Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula pada Ogos 2021.

Walau bagaimanapun, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober 2021 atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
30 JULAI 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Kemasukan Pelajar Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2021/2022 (183 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2467
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Selasa 26 Oktober 2021, 09:14:30.