logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa mulai 19 Jun 2023. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Hartford, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Kajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang, pengalaman yang luas dan kepakaran dari aspek regimental ketenteraan untuk menerajui tampuk kepimpinan UPNM. Beliau mampu untuk memperkasakan sistem pembelajaran yang komprehensif dan latihan yang berorientasikan pertahanan sebagai tunjang utama dalam pendidikan UPNM bagi melahirkan graduan yang berkualiti.

Kementerian yakin dengan pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPNM ke-7 berupaya meningkatkan kerjasama dan jaringan kolaborasi di kalangan institusi pendidikan tinggi, industri, pemegang taruh dan agensi kerajaan dalam membangunkan teknologi pertahanan terkini serta inovasi keselamatan sekaligus memacu kecemerlangan pembangunan pendidikan tinggi negara.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
25 Julai 2023

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media Pelantikan Naib Canselor UPNM 2023.pdf (49 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9721
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.