KPT - Kenyataan Media Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN AKIBAT BENCANA BANJIR


Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam PTPTN yang terkesan. Ini berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terlibat termasuk peminjam PTPTN.

Peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022. Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN.

Keputusan ini diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini. Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.

NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

25 DISEMBER 2021

Muat Turun:

  pdf Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir (36 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 173
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 17 Januari 2022, 14:10:39.