logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

MALAYSIA DAN JEPUN KOMITED KUKUHKAN KERJASAMA SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI


  1. Mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, Puan Yang Terutama (PYT) Keiko Nagaoka di Kuala Lumpur pada 24 Jun 2023 bersempena lawatan kerja dua hari PYT ke Malaysia bermula semalam.
  1. Dalam pertemuan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan sebagai langkah mendepani cabaran pendidikan tinggi global yang memerlukan kerjasama di peringkat antarabangsa, antaranya:-

2.1 Melibatkan lebih ramai pelajar Malaysia dan Jepun dalam program pertukaran pelajar di kedua-dua buah negara.
Kerajaan Jepun merancang untuk menghantar 500,000 pelajar Jepun ke seluruh dunia dan menerima 400,000 pelajar asing untuk belajar di Jepun dalam tempoh 10 tahun akan datang;

2.2 Malaysia dan Jepun akan memperbaharui dan menambah baik Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah tamat;

2.3 Kedua-dua buah negara komited menjayakan pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba yang merupakan kampus cawangan universiti Jepun pertama di Malaysia dan dunia.
Kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia akan memulakan pengambilan pada September 2024;

2.4 Malaysia dan Jepun menyokong kerjasama pendidikan tinggi melalui Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT);
Sehingga kini, MJIIT telah menerima banyak sokongan daripada Kerajaan Jepun khususnya melalui Japan International Cooperation Agency (JICA).

2.5 Pengukuhan kerjasama antara negara dalam pembangunan kapasiti, meningkatkan kepakaran TVET negara dan kerjasama penyelidikan, khususnya dalam bidang keterjaminan makanan, perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui.

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus mengambil inisiatif bagi memastikan hubungan dan manfaat kerjasama kedua-dua negara ditambah baik dari semasa ke semasa.

DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

25 JUN 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Malaysia - Jepun Komited Kukuhkan Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi.pdf (94 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6137
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.