logo kpt black

SIARAN MEDIA

KARISMA SEMARAKKAN KEPIMPINAN MAHASISWA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) selama tiga hari.

Program yang berlangsung bermula 8 hingga 10 Mac 2024 ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); AKEPT, dan KPT dihadiri oleh 95 pemimpin mahasiswa yang juga terdiri daripada pemimpin mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada 20 Universiti Awam (UA) dan 7 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara.

KARISMA adalah satu inisiatif daripada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sendiri yang diwujudkan bagi menyemarakkan lagi proses pembangunan kepimpinan muda di IPT seluruh negara melalui pelbagai pengisian termasuklah dari segi modul kepimpinan dan asas kenegaraan.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dan turut diserikan dengan sesi dialog bersama peserta yang hadir. Pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh pemimpin mahasiswa merangkumi soal semasa pendidikan tinggi negara, kebajikan pelajar serta misi dan visi YB Menteri juga KPT.

Dalam pada itu, program permukiman KARISMA akan diteruskan lagi dengan kumpulan pemimpin seterusnya mengikut zon dan IPT yang juga akan turut melibatkan para pemimpin pelajar dari kelompok Politeknik dan Kolej Komuniti.

Platform KARISMA diharap dapat menjadi satu penghubung antara pemimpin mahasiswa dengan kepimpinan tinggi kementerian dan pemimpin tertinggi negara sekaligus diharap penganjurannya dapat membina karakter dan kredibiliti pemimpin mahasiswa untuk masa kini dan masa hadapan demi kelangsungan IPT, KPT dan negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi
10 MAC 2024

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - Karisma Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa (71 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4542
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.