Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia

Hari ini YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.

Dalam sesi ini telah diadakan perbincangan berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara dalam talian (e-census) dalam kalangan pegawai di KPT, Institusi dan keluarga pelajar.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4720
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.