Sesi Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful Penabungan SSPN-i PTPTN kepada Puan Rohani Pilus

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah bersama-sama pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sesi Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful Penabungan SSPN-i PTPTN kepada Puan Rohani Pilus, isteri kepada pendeposit SSPN-i Allahyarhamah Muhamad Ashraf Abdullah di Kg. Gedok Sawah, Gemencheh, Negeri Sembilan hari ini.

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit.

YB Menteri telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk manfaat takaful dan khairat kematian serta sumbangan peribadi.

Dalam sesi yang sama, YB Menteri juga berkesempatan beramah mesra bersama ahli keluarga pendeposit.

Turut hadir ialah Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi, PTPTN.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5004
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.