KPT - Sesi taklimat PENJANA KPT-CAP@STATE oleh YBM KPT kepada YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak

Sesi taklimat PENJANA KPT-CAP@STATE oleh YBM KPT kepada YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini turut berkesempatan mengadakan Sesi taklimat PENJANA KPT-CAP@STATE (JOBS@STATE & GRADPRENUER@STATE) kepada YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.

Sesi taklimat ini diadakan bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik KPT dengan Kerajaan Negeri Perak terutamanya menerusi inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE Negeri Perak.

Terdapat dua (2) program baharu yang dirancang oleh KPT untuk membentuk jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak di bawah program PENJANA

KPT-CAP@STATE iaitu JOBs@State dan GRADpreneur@State.
Secara keseluruhan, kedua-dua program ini dijanvgka memberi manfaat kepada 500 orang anak Negeri Perak menyediakan dana latihan upskilling dan reskilling.

KPT berharap agar kerjasama ini dapat memanfaatkan graduan di Negeri Perak seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan di negara ini.
Sesi taklimat ini turut dihadiri secara maya oleh YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md.Amin Mat Taff, menjalankan fungsi Naib Canselor UPSI, YBrs. Encik Mohd Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, pegawai-pegawai kanan KPT dan wakil-wakil Pejabat Menteri Besar Perak.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1807
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Rabu 01 Disember 2021, 16:53:32.